Planet yang kita duduki adalah satu kawasan yang penuh dengan perkara-perkara aneh. Sungguh aneh sehingga kita sendiri tidak mampu membayanginya.

Tuhan telah mencipta bumi ini dengan pelbagai fenomena yang menarik. Ada yang memberikan pemandangan indah dan ada juga fenomena yang membuatkan kita berasa seram sejuk dan takut untuk sementara waktu.

Lihat beberapa fenomena misteri yang sungguh mengejutkan pernah berlaku di bumi yang kita tinggal sekarang ini!

#1 Pantai yang berkilau

Pada waktu malam, kawasan pinggir pantai ini yang terletak di Hong Kong akan mengeluarkan warna biru yang amat terang dan cantik! Namun, walaupun ia memberikan pemandangan yang indah, fenomena ini adalah berbahaya kerana dikatakan berpunca daripada pencemaran ladang.

Malah, ia juga boleh mengakibatkan kemusnahan kepada hidupan marin seperti ikan.

#2 Gunung Pelangi di China

Terletak di Taman Geologi Zhangye Danxia, Gunung Pelangi ini merupakan satu ciptaan alam yang amat mempesonakan! Warna-warni pada gunung ini dikatakan berpunca daripada gabungan mineral, besi oksida dan pelbagai lagi bahan lain dalam kerak bumi.

Pada tahun 2009, gunung ini telah diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO.

#3 Hutan yang membengkok

Sekali pandang, kawasan ini kelihatan seperti lokasi penggambaran filem Harry Potter yang penuh dengan benda pelik dan magik.

Pokok-pokok ini mula ditanam pada tahun 1930-an dan sehingga kini, terdapat lebih 400 pokok pine yang membengkok sebegitu. Puncanya masih tidak berjaya dikenalpasti.

#4 Salji yang berdarah

Pada tahun 1911, seorang ahli geologi dari Australia iaitu Griffith Taylor telah menemui fenomena aneh ini. Pencairan salji berwarna merah seperti darah ini adalah berpunca daripada besi teroksida dalam air laut yang masin.

Besi akan berubah warna menjadi merah apabila bersatu dengan oksigen di udara.

#5 Gunung Berapi Ijen

Gunung Ijen yang terletak di Indonesia sememangnya terkenal dengan lava biru menyalanya. Warna biru ini terhasil apabila gas sulfur terbakar pada suhu yang sangat tinggi iaitu melebihi 360ºC.

Apabila gas ini bertemu dengan oksigen di dalam udara, ia akan bertukar warna menjadi biru.

#6 Pyura chilensis – Batu yang hidup

Di Chile, batu ini disebut sebagai Pyura chilensis namun hakikatnya, ia bukanlah sejenis batuan. Ia sebenarnya adalah hidupan laut yang tidak mempunyai otak dan organ deria.

‘Batuan’ ini merupakan jantan tetapi menghasilkan organ reproduksi betina dan boleh membiak dengan sendirinya. Darahnya mengandungi besi yang dikenali sebagai vanadium dan ia merupakan sajian enak bagi masyarakat tempatan di Chile dan Peru.

#7 Air terjun di dalam laut

Melengkapi pemandangan indah di Mauritius, air terjun di dalam air ini membentuk dengan penuh misteri dan melawan hukum fizik. Bagaimana air terjun boleh terbentuk di dalam air?

Sebenarnya ia adalah ilusi semata-mata. Di bawah laut tersebut, kelihatan seperti air tetapi hakikatnya ia adalah pasir yang dibawa oleh arus ombak masuk ke dalam jurang. Hal ini membuatkan ianya kelihatan seperti air terjun.

#8 Letusan gunung berapi dan ribut kilat di Chile

Apa yang lebih mengerikan berbanding gabungan dua fenomena alam seperti di dalam gambar di atas? Faktor kepada kejadian ini adalah peningkatan partikel abu elektrik daripada magma.

#9 Hujan darah di Kerala

Pada tahun 2001, Kerala dilanda hujan berwarna merah dan meninggalkan kesan merah jambu pada pakaian.

Kajian yang dijalankan mendapati punca kepada fenomena aneh ini adalah disebabkan oleh spora bawaan udara dari alga hijau darat yang berasal daripada gen Trentepohlia. Pada tahun 2012, fenomena yang sama sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila ia melanda beberapa daerah di India dan Sri Lanka.

#10 Pelangi putih

Fenomena yang dikenali sebagai pelangi putih adalah disebabkan oleh titisan air yang sangat kecil, lebih kecil daripada 0.05 mm.

#11 Gurun Ros

Gurun Ros merupakan pembentukan kluster kristal gipsum atau baryte yang melibatkan banyak butiran pasir.

Secara puratanya, saiz batuan berbentuk bunga mawar ini adalah di antara 1.3 sm hingga 10 sm dalam diameter. Batuan paling besar pernah terbentuk adalah 99 sm tinggi dengan berat melebihi 454 kg!

#12 Rekahan Hitam di White Rim Trail

Rekahan Hitam ini merupakan satu kejadian alam semulajadi di Taman Negara Canyonlands. Dikhabarkan pada masa dahulu, rekahan ini dijadikan sebagai laluan untuk para pelombong serta koboi untuk tiba di Canyonlands.

Sumber: BRIGHT SIDE

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds