Automobil, GAYA HIDUP

Wanita sanggup menghabiskan sehingga RM15,000 hanya untuk modifikasi kereta. Hobi yang mengalahkan kaum lelaki!

Wanita sanggup menghabiskan sehingga RM15,000 hanya untuk modifikasi kereta. Hobi yang mengalahkan kaum lelaki!

Manusia kalau mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginannya tercapai. Betul kan?

Begitulah mendalamnya minat wanita bernama Auni ini terhadap kereta sport. Ya, apabila berbicara mengenai kereta, biasanya kaum lelaki sahaja yang menjadi bersemangat dan arif tentangnya.

Tetapi bagi Auni, dia sanggup menghabiskan beribu ringgit semata-mata ingin memenuhi kepuasannya terhadap kereta.

Sementara para wanita lain memiliki hobi seperti membeli barangan solekan, melancong ke luar negara ataupun memasak, Auni menyatakan hobinya adalah sama seperti kaum lelaki. Memiliki kereta sport dan mengubah penampilan kereta berkenaan sehingga kelihatan sangat eksklusif!

“Antara sebab-sebab Auni suka kereta sport, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak. Yang paling seronok adalah bunyi ekzos. Meleleh air liur kalau dengar”.

Tambah Auni lagi, kesemua kereta sport yang dimilikinya adalah dibeli secara tunai. Setelah itu, dia akan membuat modifikasi pada kereta-keretanya lantas menjual kepada orang lain. Kemudian, Auni akan membeli kereta baharu dan mengulangi perkara yang sama dengan mengubah warna kereta dan sebagainya.

“Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban, Auni tak beli”.

“Dari rim tak ada yelek, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak makeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain. Ini lah hobi Auni”.

Berikut merupakan beberapa kenderaan yang pernah dimiliki oleh beliau dan hasil gubahannya. Sungguh hebat dan menarik!

#1 Honda Civic FD 2.0

Ini adalah kereta pertama beliau selepas tiga bulan menjalankan perniagaan. Asalnya, kereta ini berwarna hitam dan tidak mempunyai rim. Auni kemudian mengubahnya dengan memasangkan body kit Mugen RR, mengecat warna FireRed pada bahagian luar dan dalam serta menukar kepada rim 18. Selepas tiada apa yang boleh digubah, Auni telah menjualnya dan membeli kereta baharu.

#2 BMW 350i

Ini adalah kereta keduanya. Selepas menjual kereta yang pertama, Auni telah membeli kereta ini dan mengecat dengan warna Grey Metal dan menukar kepada Full Body Kit M3 serta rim 18. Tidak lama selepas itu, dia telah menjualnya kepada orang lain dan membeli kereta yang ketiga.

#3 Chevrolet Cruze 1.8

Menurut Auni, kereta ini pada asalnya adalah berwarna hitam. Auni kemudian menukar body kit dan rim 18 serta mengecatnya dengan warna kuning supaya kelihatan seperti Transformer.

#4 Chevrolet Cruze 1.8

Ini adalah kereta yang sama seperti kereta Transformer tersebut tetapi selepas enam bulan menggunakannya, Auni mengambil keputusan untuk menukar kepada warna biru seperti warna pada kereta Subaru Empreza. Tambah Auni lagi, kereta ini masih belum dijual.

#5 Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z

Auni memberitahu bahawa dia amat meminati kereta ini kerana namanya sesuai dengan nama perempuan. Auni turut mengakui bahawa dia telah menghabiskan kira-kira RM15,000 untuk menukar tayar, cat, rim dan ekzos sahaja. Kereta ini juga belum dijual.

#6 Honda City 1.5 Full Spec

Kereta kelima beliau yang dibeli dan dihadiahkan untuk bapanya sebagai tanda penghargaan. Auni turut memesan supaya tidak kedekut dengan kedua ibu bapa kerana doa dan restu orang tua adalah penting.

Bagaimana? Terliur tak? Kagum tak dengan kereta-kereta yang dimiliki oleh Auni?

Sumber: Cik Puan Aini/Facebook

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...