Sesiapa sahaja pasti akan terkejut apabila bil elektrik boleh mencecah berbilion ringgit.

Walaupun sekadar memiliki barangan elektrik yang biasa digunakan seperti televisyen, ketuhar, dan juga peti ais, seorang wanita terkejut apabila bil eletriknya berjumlah RM 114 billion.

Biar betul? Adakah wanita ini tinggal di istana?

Menurut mangsa, Mary Horomanski, rumahnya dikenakan caj sebanyak US$28bil (RM114 bilion) oleh Penelec, penyedia elektrik di kawasan terbabit.

Terkejut dengan perkara ini, beliau telah membuat aduan kepada pihak Penelec dan mereka sedar jumlah itu adalah kesilapan yang dilakukan mereka.

Lucunya, bil elektrik tersebut adalah lebih tinggi daripada jumlah hutang sesebuah negara.

“Saya terkejut hingga mata saya hampir terkeluar daripada mata”, kata Mary Horomanski, 58 tahun.

Beliau juga sempat berjenaka,”Saya meminta hadiah alat pemantau jantung sempena Hari Krimas kepada anak saya.”

Tambah beliau, sewaktu Hari Krimas beberapa lampu telah dipasang di kawasan rumahnya dan mungkin disebabkan itu berlakunya kesilapan.

Kini, kesilapan itu ternyata satu hadiah untuk beliau kerana tidak perlu membayar caj elektrik tersebut. Jumlah yang perlu dibayar adalah lebih rendah daripada caj yang dikenakan.

Menurut jurucakap Penelec, Mark Durbin, beliau sendiri tidak pernah melihat caj elektrik sehingga mencecah bilion dolar.

Walaupun begitu, pihak Penelec masih belum mengenal pasti punca kesilapan ini boleh berlaku.

Sumber: UPI

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds