Dua minggu yang lalu, peragawati warga Singapura berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia selepas bergembira berkaraoke dengan rakan-rakannya. Karen Stella Wong yang berusia 28 tahun itu merupakan peragawati popular untuk acara pameran kereta.

Menurut China Press, Karen pergi ke pusat karaoke di Neil Road pada 12 Disember. Semuanya berada dalam keadaan baik sehinggalah mendiang terasa sakit ketika menyanyikan lagu.

Ketika sedang menyanyikan lagu bernada tinggi, beliau mula berasa kurang selesa dan mengadu sakit kepala. Beliau juga berasa kaku pada sebelah bahagian badannya. Berasa ada sesuatu yang tidak kena, rakan-rakannya bergegas membawanya ke hospital. Beliau disahkan koma tidak lama kemudian.

Pada 15 Disember, Karen disahkan meninggal dunia setelah berada dalam keadan koma selama 3 hari. Bapa mendiang memberitahu bahawa doktor mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan oleh acute intracerebral haemorrhage di mana pendarahan berlaku di dalam tengkorak.

China Press

Ibunya sangat terkesan dengan kehilangan mendiang kerana Karen merupakan satu-satunya anak perempuan mereka. “Jika saya boleh mendengar suara anak saya dan melihat senyumannya, ternyata ia merupakan perkara terindah untuk sambutan Hari Natal”, tulis ibunya pada laman Facebook miliknya pada 21 Disember.

Karen dikrimasi pada 20 Disember di mana ia disaksikan oleh ratusan kenalan yang datang ke majlis berkenaan. Kebanyakan rakannya berasa sedih kerana kehilangan seorang rakan yang mempunyai personaliti yang baik.

Semoga Karen tenang di sana dan diharapkan agar keluarga Karen bersabar atas pemergian insan tersayang.

Sumber: China Press
Era Baru

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds