GAYA HIDUP, Kerjaya

Adakah wanita patut memakai cincin perkahwinan atau pertunangan ketika temuduga pekerja?

Adakah wanita patut memakai cincin perkahwinan atau pertunangan ketika temuduga pekerja?

Sebarang perhiasan seperti rantai, cincin, subang, atau gelang merupakan perhiasan yang sinonim untuk kaum wanita. Perhiasan ini boleh dianggap sebagai satu kemestian bagi kaum hawa.

Bagi wanita yang sudah bertunang atau berkahwin, mereka juga akan memakai cincin pertunangan atau perkahwinan sebagai simbol status mereka.

Namun demikian, ketika sesi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, adakah wanita patut memakai cincin perkahwinan atau pertunangan?

Menurut Majalah Vogue, seorang kaunselor kerjaya yang terkenal, Bruce Hurwitz, memberikan pendapat yang mengejutkan orang ramai.

Berdasarkan pengalaman beliau, wanita yang memakai cincin perkahwinan atau pertunangan ketika sesi temu duga sukar diterima bekerja.

Akan tetapi, atas sebab apa perkara ini boleh berlaku?

Menurut beliau, jika waita tersebut memakai cincin yang mahal akan memberi gambaran negatif terhadap individu yang menemubualnya.

Hal ini berikutan, wanita tersebut menunjukkan dirinya seseorang yang mengamalkan gaya hidup mewah dan mempunyai citarasa kelas tinggi.

Pihak majikan beranggapan, mereka tidak akan mampu membayar gaji terhadap seseorang yang mempunyai cita rasa tinggi.

Tambah beliau, wanita yang memakai cincin mahal seperti berlian akan menimbulkan perasaan cemburu dan persaingan dalam kalangan kakitangan wanita.

Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku, majikan tidak menerima wanita yang memakai cincin yang kelihatan mahal dan mewah.

Hurwitz turut menambah, jika individu yang menemubualnya ialah seorang wanita, individu tersebut cenderung merasakan wanita itu akan menggugat statusnya yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, ulasan beliau adalah pendapat individu dan tiada mana-mana kajian mengesahkan perkara ini.

Tetapi, sebagai seseorang yang ingin mencari pekerjaan kita perlulah berpakaian kemas, menarik serta tidak berlebih-lebihan dalam aspek perhiasan.

Beliau turut berkata, pandangan peribadi ini tidak berlaku sepenuhnya dalam semua industri. Pada beliau, memakai cincin pertunangan atau perkahwinan adalah hak seseorang wanita, dan mereka berhak untuk mempertahankan status dirinya di hadapan majikan.

Sumber: Vogue

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Kerjaya

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...