61 tahun lalu, Bette Nash telah memulakan kariernya sebagai pramugari dan kini di usia 82 tahun, beliau masih lagi memikul tanggungjawab tersebut.

Bette memulakan kerjayanya di udara pada usia 21 tahun sewaktu Dwight Eisenhower menjadi presiden bagi penerbangan Eastern Airlines. Kini, beliau menjalankan perkhidmatan di bawah pengurusan American Airlines Washington-Boston-Washington.

“Pramugari veteran dengan pengalaman melebihi enam dekad ini telah menjadi bintang yang bersinar bagi pesawat American Airlines Flight 2160,” kata kaptennya, Mike Margiotta.

“Sangat profesional. Dia mempunyai cara lama untuk melakukan tugasnya,” kata juruterbang itu lagi.

Pada awal tahun 1990-an, Bette pernah berkhidmat untuk Trump Shuttle, satu syarikat penerbangan yang dimiliki oleh Donald Trump. Bette juga sempat mengimbas kembali peristiwa ketika pesawat tersebut dilanggar ribut yang agak ganas sekali gus menyebabkan sebahagian tandas terpisah dan bahagian sayap pesawat melanggar tanah.

“Ia sangat teruk. Kilat sabung-menyabung dan saya fikir kami terbang di atas Rumah Putih pada malam berkenaan, dan ianya sangat melanggar undang-undang,” kata Bette kepada AFP.

Bette yang kini menetap di Virginia, berdekatan dengan sempadan Washington menyatakan bahawa beliau merupakan seorang yang mudah bangun pagi dan amat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

“Saya memulakan hari saya pada jam 2.10 pagi. Saya mempunyai dua jam loceng dan apabila jam dimatikan, saya tidak terus tidur, tetapi saya bangun”.

Bette kemudian bersiap-siap untuk menyediakan sarapan buat anak lelakinya yang merupakan golongan OKU.

Bette turut menceritakan mengenai pengalaman menghidangkan makanan kepada penumpang kelas pertama. Katanya, pramugari akan menghidangkan hidangan udang kara dan juga daging itik selain menggunakan sudu dan garfu perak serta tembikar. Malah, pramugari juga mengambil peranan untuk memotong daging sebelum dihidangkan kepada para penumpang.

Sementara itu, penumpang lain akan diberikan roti sandwic yang berharga 50 sen dan susu yang berharga 15 sen ( harga pada waktu itu).

Di Amerika Syarikat, juruterbang dikehendaki untuk bersara apabila sudah mencapai umur 65 tahun namun bagi pramugari, tiada sebarang had umur untuk berkhidmat ditetapkan. Justeru, Bette sekali gus memegang rekod sebagai pramugari paling senior di dunia!

Ketika ditanya mengenai tempoh persaraan, Bette menyatakan bahawa:

“Saya tidak mahu fikir tentang bersara! Tetapi, saya tidak akan bekerja sehingga berumur 90 tahun”.

Bette Nash akan menyambut ulangtahun kelahirannya pada tanggal 31 Disember ini. Semoga beliau turut dipanjangkan umur agar dapat terus berbakti kepada negaranya.

Sumber: New York Post dan Daily Mail

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds