Pada 29 Oktober lepas, The Telegraph telah melaporkan, berpuluh-puluh sotong kelihatan bergelimpangan di tepi pantai di Wales akibat ribut taufan yang kuat.

Selama tiga hari berturut-turut, penduduk tempatan dan para pengunjung dikejutkan dengan penemuan sotong-sotong tersebut memandang perkara sedemikian pertama kali berlaku.

Sotong-sotong ini sepatutnya berada di bawah kedalaman 100m daripada paras laut dan tidak patut berada di luar daripada laut memandangkan sifatnya yang suka menyembunyikan diri.

Seorang pakar daripada National Marine Aquarium, James Wright, memberitahu,”Kedatangan mereka di kawasan pantai adalah satu perkara yang pelik dan perkara ini agak menakutkan.”

Beliau berpendapat, perkara ini berlaku disebabkan cuaca yang buruk atau disebabkan tekanan atmosfera.

Kejadian aneh ini menyebabkan beberapa sotong mati tetapi terdapat juga sotong yang pulang semula ke dalam lautan.

Bagi Brett Jones, pemilik SeaMor Dolphin Watching Boat Trips menjelaskan, sotong-sotong ini kebiasaannya bersembunyi di belakang batu-batuan.

“Saya melihat mereka merangkak keluar daripada lautan dan berada di tepi pantai. Saya sudah lama tinggal di kawasan ini tetapi kejadian ini merupakan pengalaman pertama saya,” jelas beliau.

Dr. Jennifer Miller dari University of Lethbridge in Alberta, Canada pula memberitahu, berdasarkan pemerhatiannya, sotong ini berpindah mencari tempat yang sesuai untuk pembiakan disebabkan oleh cuaca yang buruk.

Sumber: The Telegraph

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds