Automobil, NASIONAL

49,116 unit Honda Accord dan Odyssey ditarik semula atas dua masalah kerosakan fungsi

49,116 unit Honda Accord dan Odyssey ditarik semula atas dua masalah kerosakan fungsi

KUALA LUMPUR – Sejumlah 49,116 unit kereta jenama Honda iaitu model Odyssey dan juga Accord telah ditarik semula dari pasaran Malaysia atas kegagalan pengesanan bateri dan kerosakan komponen cermin sisi.

Media Permata

Penarikan semula yang dibuat oleh Honda Malaysia itu melibatkan model kereta dari tahun 2014 hingga 2017 bagi Odyssey dan model 2013 hingga 2016 bagi Accord.

Sebanyak 20,233 unit Honda Accord dilaporkan mengalami masalah kegagalan pengesanan bateri.

“Papan litar untuk pengesan bateri mengalami masalah ketika proses pembuatan dan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas”.

Cars.com

“Masalah ini boleh menyebabkan asap keluar dari bahagian enjin dan dalam kes paling buruk, ia akan menyebabkan kebakaran,” jelas Honda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Bagi masalah kerosakan komponen cermin sisi yang terlipat ketika kenderaan sedang dipandu atau diparkir, sebanyak 27,912 unit Honda Accord dan 971 unit Honda Odyssey telah ditarik semula.

Masalah ini adalah berpunca daripada permukaan pada suis pelipat cermin sisi yang tidak konsisten.

Autostin

Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan di laman rasmi Honda Malaysia, Honda turut memberi jaminan bahawa pihaknya mempunyai bekalan alat ganti yang mencukupi bagi menggantikan komponen-komponen tersebut.

Semua pemilik bagi kedua-dua model kenderaan ini akan dihubungi melalui surat dan pemilik tidak akan dikenakan sebarang caj pembayaran bagi proses penggantian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan status kenderaan anda, sila hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Sumber: Astro Awani

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Automobil NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...