Apple disaman oleh dua pengguna iPhone selepas syarikat berkenaan membuat pengakuan bahawa pihaknya sengaja memperlahankan iPhone lama bagi menangani masalah bateri pada peranti tersebut.

Kredit: Indian Express

Khamis lalu, kedua-dua plantif iaitu Stefan Bogdanovich dan Dakota Speas yang tinggal di Los Angeles dan merupakan pelajar perundangan di USC telah memfailkan saman terhadap syarikat Apple.

Kedua-duanya mempersoalkan tindakan Apple dalam memasang satu ciri baru bagi mengekang iPhone-iPhone lama tanpa kebenaran pengguna telefon pintar itu.

Kredit: The Indipendent

Di samping itu, mereka turut mendakwa syarikat gergasi itu yang dikatakan sengaja ‘mengganggu’ iPhone versi lama dengan tujuan untuk merosakkannya sekali gus menjadi punca yang akan menyebabkan pemilik menukar iPhone lama mereka kepada yang baru, membeli bateri baru serta hilang kebolehan untuk menggunakan iPhone mereka.

Menurut The Mercury News, selepas tindakan saman tersebut dikemukakan, Apple tidak memberikan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.

Stefan dan Dakota telah memfailkan saman tersebut sehari selepas Apple membuat pengakuan bahawa pihaknya telah memasang satu ciri khas pada iPhone 6, 6S dan juga SE. Ketiga-tiga jenis iPhone ini mempunyai bateri lama dan terdegradasi bagi mengelakkan peranti itu terpadam secara tiba-tiba.

Kredit: Digital Trends

Berikut merupakan kenyataan yang diberikan oleh Apple kepada media.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan, termasuk prestasi keseluruhan dan memanjangkan jangka hayat peranti mereka”.

“Tahun lalu, kami telah mengeluarkan satu ciri untuk iPhone 6, iPhone 6s dan iPhone SE untuk melancarkan puncak dengan serta-merta hanya apabila diperlukan bagi mengelakkan peranti terpadam semasa keadaan ini”.

Kredit: CNET

“Kami kini telah memperluaskan ciri tersebut kepada iPhone 7 dengan iOS 11.2 dan bercadang untuk menambah sokongan bagi produk lain pada masa akan datang”.

Namun begitu, bagi menghentikan penggunaan kuasa bateri yang terlalu banyak pada iPhone lama, ciri khas yang dimasukkan ke dalam iPhone tersebut telah mengurangkan keupayaan perkomputeran iPhone terbabit.

Kredit: Tesco Mobile

Sejurus itu, kedua-dua plantif mengambil keputusan untuk mendakwa Apple atas tuduhan melanggar kontrak tersirat dengan pengguna iPhone lama dan sengaja ‘memperlahankan model iPhone lama setiap kali model iPhone baru keluar’.

Sumber: Mercury News

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds