GAYA HIDUP, Kerjaya

Pelbagai gaya, pelbagai ragam; orang ramai berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan sejuta satu kerenah pelanggan yang mereka temui

Pelbagai gaya, pelbagai ragam; orang ramai berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan sejuta satu kerenah pelanggan yang mereka temui

Bagi yang bekerja dalam bidang pemasaran khususnya pasti pernah berhadapan dengan pelbagai jenis ragam pelanggan. Bertuah lah bagi sesiapa yang mendapat pelanggan yang mudah untuk dibawa berunding, tetapi bagi yang mendapat pelanggan yang cerewet anda perlu lebih bersabar menangani mereka.

Kehadiran laman wab Clients From Hell (Pelanggan Dari Neraka) telah menjadi tempat luahan perasaan ribuan pekerja terutama penggiat seni kreatif untuk berkongsi cerita mereka sejak tahun 2009. Pelbagai kisah mengenai pelanggan mereka yang diceritakan di laman web tersebut. Ada yang memeningkan kepala, ada yang buat kita tertekan tetapi ada juga yang lucu sebenarnya.

Ini dia antara kisah menarik yang diceritakan melalui laman wab ini…

#1 Pelanggan cuai

Saya berada di lapangan terbang, bersedia untuk pergi bercuti apabila saya mendapat panggilan telefon daripada pelanggan. Dia menyatakan bahawa sebahagian bunyi dari video mengenai kempen pemasarannya telah hilang. Selepas menerima ancaman daripadanya, saya bersetuju untuk ke pejabatnya cuba dan memperbaikinya.

Selepas tiba ke pejabatnya, saya memainkan semula video itu dan memeriksa semula pilihan bunyi  di komputernya. Kemudian saya mencabut fon kepala dan semuanya baik-baik sahaja. Saya akhirnya mengecas dia untuk membayar semula tiket penerbangan saya yang tertinggal.

#2 Diberi sehari untuk melakukan kerja-kerja 18 jam 

Kredit: ahchealthenews[/caption]

Pada pukul 3 pagi, selepas menyiapkan satu template laman web untuk seorang pelanggan yang harus diserahkan kepadanya pada jam 6 pagi, saya menghantar e-mel yang memberitahunya bahawa template nya telah siap. Keesokan harinya saya mendapat panggilan:

Pelanggan: Saya tidak menghargai anda berjaga sepanjang malam untuk membuat projek saya.

Saya          : Maaf? Saya bekerja malam tadi. Seperti yang anda lihat, saya menghantar e-mel kepada anda. 

Pelanggan: Saya melihatnya. Pada pukul 3 pagi. Adakah anda fikir ia baik untuk berpesta sepanjang malam dan kemudian bekerja tanpa tidur pada jam 3 pagi? Ia sangat tidak profesional dan tidak bermoral.

Saya          : Apa yang membuatkan anda berfikir saya sedang berpesta?

Pelanggan: Kenapa anda masih berjaga pada jam 3 pagi?

Saya         : Anda memberi saya 24 jam untuk melakukan kerja yang harus diselesaikan dalam  masa  18  jam. Saya terpaksa berjaga malam untuk itu.

Pelanggan: Jangan cuba mengajar matematik kepada saya!

#3 Kamu adalah ‘freelencer’ bukan ‘paidlencer’

Selepas menghantar dua invois untuk pembayaran, saya menghantar satu lagi invois dan menghubungi pelanggan apabila resit yang telah mereka terima terima tidak lagi dibayar.

Pelanggan: Kenapa kamu menghubungi saya?

Saya          : Anda belum membayar saya dan ini adalah invois ketiga yang saya hantar.

Pelanggan: Jumlahnya adalah lebih banyak daripada invois yang sebelum itu!

Saya          : Ya. Kontrak yang anda tandatangani menyatakan bahawa saya akan menambah bayaran jika anda lewat melakukan pembayaran.

Pelanggan: Maksud saya, adakah saya betul-betul  perlu membayar kamu? Saya fikir kamu sedang bergurau!

Saya          : Apa yang buatkan anda berfikir begitu? 

Pelanggan: Kerana kamu adalah seorang ‘freelancer’!

Saya           : Jadi…

Pelanggan: Jadi, kamu bekerja secara percuma! Sekiranya kamu perlu dibayar, anda akan dipanggil ‘paidlancer’.

#4 Pelanggan selalunya betul…

Pelanggan: Saya tidak pasti dengan warna biru …

Saya           : Sebenarnya, itu hijau.

Pelanggan: Sekarang siapa pelanggan?

saya             : Anda

Pelanggan: Dan warna apa itu?

Saya           : … biru?

Pelanggan: Betul. Sekarang biar saya lihat warna biru lain yang kita ada.

Kami akhirnya menetapkan bahawa untuk mewarnakan pokok-pokok pinus dengan warna “biru.”

#5 ‘Acrylic’ bukan ‘Italic’

Pelanggan: Bolehkah kita menukar font tajuk menjadi lebih ‘acrylic’?

Saya            : Maaf?

Pelanggan: Bolehkah kita mengubahnya gaya tulisan dengan fon gaya ‘acrylic’? Seperti bentuk yang senget itu.

Saya           : Oh, maksud anda ‘italic’?

Pelanggan: Tidak, bunyinya adalah ‘acrylic’, tolong jangan betulkan kata-kata saya lagi. 

#6 E-mel pada jam 3 pagi

Panggilan telefon pada pukul 8 pagi.

Pelanggan: Saya sangat kecewa kerana kamu tidak memberi respon kepada e-mel saya dengan segera! Saya sudah katakan ianya adalah URGENT (segera)!”

Saya          : Bilakah anda menghantar e-mel itu?”

Pelanggan: Sekitar pukul 3 pagi dan saya telah menunggu LIMA JAM untuk kamu membalasnya! 

#7 Pelanggan terlebih ‘bijak’

Pelanggan: Apa yang berlaku dengan laman web saya? Semuanya tidak kena!

Saya          : Ia berfungsi dengan baik semalam.

Kami         : Mari kita lihat … (Kami memuat turun halaman tersebut dan memeriksa kod di situ).  Oh, sepertinya ada seseorang telah masuk dan memadam beberapa kod yang membuatkan laman web ini tidak berfungsi. “

Pelanggan: Ya, itu saya, saya telah membuang beberapa kod yang tidak perlu.. jadi mengapa halaman ini tidak berfungsi?”

#8 Tidak periksa E-mel

Pelanggan: (berteriak pada telefon) Mana kad perniagaan saya? Saya sudah menunggunya berminggu-minggu. Adakah anda menipu saya?

Saya          : Saya telah menghantar satu reka bentuk dan meminta maklum balas anda tiga minggu yang lalu dan anda masih tidak membalas e-mail saya. Saya menghantarnya sebanyak empat kali. 

Pelanggan: Oh, saya tidak menyemak e-mel saya, maaf.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Kerjaya

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...