NASIONAL

Bermula Januari 2018, kadar caruman KWSP akan kembali kepada 11%

Bermula Januari 2018, kadar caruman KWSP akan kembali kepada 11%

KUALA LUMPUR – Berkuatkuasa pada Januari 2018, kadar caruman syer pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali kepada kadar asal pada 11% bagi ahli yang berumur bawah 60 tahun dan 5.5% bagi ahli yang berusia lebih 60 tahun.

Kredit: The Malaysian Reserve

Menerusi satu kenyataan, pihak KWSP memaklumkan bahawa majikan harus memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada jumlah gaji pekerja sebelum meremitkannya kepada KWSP berdasarkan kepada kadar caruman yang baharu.

“Kadar caruman pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga Akta KWSP 1991”.

Kredit: mStar

Semasa pembentangan Semakan Semula Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan telah mengumumkan pengurangan kadar sumbangan pekerja pada tahun yang sama.

Justeru, pengurangan kadar sumbangan berkanun syer pekerja kepada 8% yang berkuatkuasa pada Mac 2016 itu akan berakhir pada bulan ini dan kembali kepada kadar asal iaitu 11%.

Kredit: NST

Pihak KWSP turut memberitahu sekiranya terdapat ahli yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11% atau 5.5%, individu berkenaan boleh mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) atau Borang KWSP 17AA (AHL).

Kredit: The Malay Mail Online

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Sumber: Utusan OnlineThe Sun Daily dan The Malay Mail Online

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...