INSPIRASI, Kebenaran

Bekas mangsa penindasan kem buruh paksa, ‘Encik Zhang’ meninggal dunia, mayatnya dibakar tanpa persetujuan keluarganya

Bekas mangsa penindasan kem buruh paksa, ‘Encik Zhang’ meninggal dunia, mayatnya dibakar tanpa persetujuan keluarganya

Pada Disember 2016, Sun atau lebih dikenali sebagai ‘Encik Zhang’ yang merupakan mangsa penindasan kem buruh paksa, berjaya melepaskan diri dari China dan menuju ke Indonesia. Namun begitu, tindakan itu tidak menjamin keselamatannya melainkan dia berjaya ke Barat.

Kredit: Facebook | Sun Yi

Selepas dia ditemuramah oleh media, nama sebenar dan gambarnya didedahkan. Hal ini menyebabkan dia menjadi buruan pihak kerajaan. Pada bulan Julai, Sun menulis surat wasiatnya kerana merasakan dirinya mungkin akan dibunuh. Kemudian, pada bulan Ogos, Sun membincangkan mengenai penerbitan kisahnya dan tidak lama selepas itu kesihatannya tiba-tiba merosot dan dia dimasukkan ke hospital.

Lebih mengejutkan sekali ialah apabila Sun atau ‘Encik Zhang disahkan meninggal dunia pada 1 Oktober lalu. Pihak hospital itu mendakwa dia meninggal akibat kegagalan buah pinggang dan mayatnya dibakar walaupun tanpa mendapat persetujuan keluarganya terlebih dahulu. Perkara itu telah menimbulkan kecurigaan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Terdahulu, Sun merupakan antara buruh paksa yang membuat alat permainan atau hiasan Halloween semasa dalam tahanan di Kem Buruh Masanjia di Shenyang, China.

Sun telah menggunakan kesempatan itu dengan meletakkan lebih 20 keping surat bagi setiap barang yang sedang dia proses. Surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan China itu menceritakan tentang pelbagai jenis penderaan dan penindasan yang terpaksa ditempuh untuk menyiapkan produk itu yang mana salah satu surat akhirnya sampai ke tangan Julie Keith.

Kredit: Minghui

Selepas Julie Keith memastikan kebenaran isi kandungan surat tersebut, dia menyerahkannya kepada organisasi hak asasi manusia seperti yang diminta oleh Sun.

Sejak terbongkarnya perihal surat itu, isu penindasan dan kekejaman yang berlaku di Masanjia telah mendapat perhatian media antarabangsa seperti CNN. Sun berasa bersyukur kerana suratnya telah mendapat perhatian sewajarnya namun tidak menyangka tindakannya itu mengundang risiko.

Sun yang menjadi buruan pihak kerajaan China selama beberapa tahun akhirnya dikesan dan ditahan untuk proses pembicaraan di Mahkamah Beijing Tongzhou. Walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan atas sebab tertentu. Sejurus selepas itu, dia tekad meninggalkan China dan pada 7 Mac yang lalu, Sun telah bertemu dengan penyelamatnya Julia Keith di Jakarta.

Kredit: Facebook | Julie Keith

Hanya baharu bertemu beberapa bulan yang lalu, Julie Keith menerima berita tentang kematian Sun yang mengejut itu. Julie Keith berkongsi rasa sedihnya di Facebook sementara netizen lain yang turut mengikuti kisah mereka juga menyampaikan ucapan takziah kepada Julie Keith.

Kredit: Facebook | Julie Keith

Peristiwa-peristiwa yang mengiringi kematian Sun adalah serupa dengan pengamal Falun Dafa lain yang mati secara tiba-tiba di hospital. Mereka mengesyaki dia dibunuh melalui suntikan beracun akibat desakan dari China.

Penulis Amerika, Amelia Pang yang sedang menerbitkan sebuah buku yang menceritakan kisah Sun (diterjemahkan oleh penulis artikel ini), terkejut dengan kematian mendadak Sun dan berkata dia harus menulis semula akhir kisah itu sebelum ia diterbitkan.

Sumber: NTD

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Tags: Kategori:INSPIRASI Kebenaran
loading...