Astronomi, NASIONAL, VIDEO

Tular taufan akan melanda Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia dakwa ia masih di peringkat awal

Tular taufan akan melanda Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia dakwa ia masih di peringkat awal

SABAH – Anda semua khususnya para penduduk di Sabah pasti pernah melihat satu kenyataan yang menular di media sosial. Dalam kenyataan berkenaan, dilaporkan satu bencana tropika akan melanda Sabah namun begitu, lain pula kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar kaji cuaca.

Facebook

Dalam kenyataan yang menular tersebut, dikatakan “Taufan dijangka akan melanda Sabah dari tarikh 22 Disember hingga 24 Disember 2017, dengan kekuatan yang sama seperti Ribut Greg pada Hari Natal 1996. Sila berwaspada!”

Penyebaran mesej ini sudah tentu membimbang para penduduk di Sabah kerana sebelum ini, Ribut Greg telah mengorbankan seramai ribuan nyawa manusia.

Menurut NST, Jabatan Meteorologi Sabah telah memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan pemantauan rapi berkenaan situasi tersebut di kawasan laut bahagian selatan Filipina.

NST

Pengarahnya, Azemi Daud menjelaskan bahawa sistem bertekanan rendah yang kini berada di Lautan Pasifik Barat sebenarnya masih belum lagi mencapai status Taufan.

“Ia belum mempunyai nama lagi. Kami tidak boleh tentukan kekuatannya tetapi akan memantau jejak dan lokasinya setiap tiga jam”.

Gdacs

Sementara itu, dalam laporan The Star, Alui Bahari yang merupakan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) berkata, “Pergerakan dan intensiti suatu siklon tropika sentiasa berubah-ubah berdasarkan ketidaktentuan corak atmosfera dari semasa ke semasa terutamanya bagi ramalan yang melebihi tiga hari”.

Pada masa yang sama, Ribut Tropika Kai-tak yang telah mengakibatkan hujan lebat di sekitar kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Sabah dijangka berakhir semalam (20 Disember) juga menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat. Antara kawasan yang terjejas adalah Kota Belud, Penampang dan juga Keningau.

mStar

Semua mangsa banjir telah dibawa ke pusat pemindahan banjir sementara menunggu paras air surut. Semua jalan yang menghala ke Panglima Banting, Kampung Pinapah Kondis, Kampung Penampang Proper dan Kampung Sugud telah ditutup dan tidak boleh dilalui.

Hal ini demikian kerana hujan lebat telah menyebabkan paras air Sungai Moyog melimpah keluar dan membanjiri perkampungan lain seperti Kibabaig, Nambazan, Maag, Tanaki Inobong, Kolopis, Tuavon, Kambau, Dungkahang dan Kituau.

Walaupun penduduk yang menetap di Sabah dan Sarawak sudah mula membuat persediaan dalam menghadapi bencana ini, diharap ianya tidak akan berlaku seperti kenyataan yang menular sebelum ini.

Lihat video di bawah:

Sumber: Facebook dan NST

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...