Benua Amerika, VIDEO

Seorang wanita telah membingungkan orang ketika sidang akhbar polis yang penting dalam kes pembunuh bersiri Tampa

Seorang wanita telah membingungkan orang ketika sidang akhbar polis yang penting dalam kes pembunuh bersiri Tampa

Ketika Ketua Polis Tampa, Brian Dugan mengumumkan penangkapan Howell Donaldson pada Rabu malam lalu, jurubahasa Derlyn Roberts berada di sampingnya, membuat tanda-tanda yang tidak masuk akal.

Derlyn Roberts, 53 tahun

Rekod menunjukkan bahawa Roberts, 53 tahun, yang juga dikenali Derlyn Glover, menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan penipuan jenayah dan dibebaskan pada bulan April 2016. Dia juga pernah disabitkan atas kesalahan mencuri dan pecah rumah.

“Dia duduk di sana dan melambai tangannya seperti dia sedang menyanyi Jingle Bells,” Rachell Settambrino, yang pekak dan mengajar Bahasa Isyarat di University of South Florida, memberitahu Tampa Bay Times menerusi penterjemah.

Jurubahasa Derlyn Roberts (kiri) semasa sidang media

Howell Donaldson, 24, dituduh dalam empat kes tembakan maut yang telah menggempar penduduk Tampa

Malah, Ketua Polis itu menyediakan garis masa empat tembakan itu, dan menggambarkan bagaimana agensinya menerima kira-kira 5,000 klu sebelum menangkap suspek berusia 24 tahun itu.

Jurucakap Jabatan Polis Tampa, Janelle McGregor memberitahu Tampa Bay Times bahawa mereka sedang menjalankan siasatan kerana mereka tidak meminta jurubahasa untuk sidang akhbar itu.

Pada persidangan berita susulan seterusnya, seorang jurubahasa lain, Ben Zapata, berada di samping Ketua Polis tersebut.

Polis mengatakan mereka tidak meminta jurubahasa untuk sidang akhbar itu, dan bingung mengapa Roberts berada di situ

Pada tahun 2013 di Afrika Selatan, jurubahasa palsu muncul di samping bekas Presiden Barak Obama dan pemimpin dunia lain semasa peringatan untuk Nelson Mandela.

Settambrino berkata Florida, tidak seperti beberapa negeri lain, tidak memerlukan penafsir ASL untuk disahkan melalui Pendaftar Jurubahasa untuk Orang Pekak.

Tonton video di bawah: 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Benua Amerika VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...