Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendapati nyawanya berada dalam bahaya apabila mendengar beberapa orang penceroboh memasuki rumahnya dan mematikan sistem penggera keselamatan. Remaja ini mengambil telefon dan membuat panggilan kecemasan di tingkat atas di dalam bilik ibu bapanya. Seorang operator perantara polis yang bertindak pantas telah menyelamatkan gadis ini dari bahaya dan memberinya kekuatan menghadapi saat bahaya tersebut.

Membuat panggilan kecemasan bukanlah satu perkara yang menggembirakan. Selalunya ia akan melibatkan kemalangan, kecederaan atau jika seseorang berada dalam situasi bahaya yang boleh mengancam nyawa.

Walaubagaimana panik seseorang yang membuat panggilan kecemasan tersebut, operator perantara polis perlu sentiasa bertenang dan mengawal situasi. Suara yang tenang akan membantu seseorang menghadapi situasi panik dan merbahaya itu dengan lancar dan menjadi tenang.

Angie Rivera telah menjadi operator perantara polis selama 12 tahun dan pada suatu hari telah menerima panggilan dari seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bernama Doyin Oladipupo. Angie telah berjaya menenangkan Doyin yang sedang mengalami detik bahaya dalam hidupnya.

Dalam rakaman panggilan kecemasan tersebut Doyin telah membuat panggilan kecemasan yang diterima oleh Angie. Kata Doyin dalam nada ketakutan,”Dia berada di dalam rumah!” Dan Angie cuba mengesahkan situasi bahaya itu dalam rakaman perbualan daripada Doyin dan bertanya, “Dia berada di dalam rumah?”

Doyin berada di rumah apabila beberapa orang pencuri telah memecah masuk rumahnya. Ketika berada dalam ketakutan, Doyin memberitahu ABC News yang dia menanggalkan kasutnya sambil berlari ke tingkat atas dan mengambil telefon kerana tidak mahu penjenayah itu mendengar dia berada di dalam rumah.

Angie kemudian bertanya, “Di mana kamu berada? Adakah kamu berada di dalam bilik?”

Doyin menjawab, “Saya berada di dalam almari di dalam bilik ibu bapa saya.”

Angie bertanya lagi dengan tenang, “Ada sesiapa lagi di dalam rumah?”

Doyin berbisik,” Tiada, ibu bapa saya sedang bekerja. Baik, tolong datang segera.”

Doyin telah mendengar penjenayah itu menghampiri ke tempat persembunyiannya. Kemudian, Angie bertanya sama ada Doyin boleh mendengar kedatangan penjenayah itu.

Sebelum Doyin sempat menjawab, terdengar suara di luar almari itu yang berkata, “Bawa sini , bawa sini bekas itu ke sini.” Suara seorang lelaki dari salah seorang penjenayah itu dapat didengari.

Apabila penjenayah itu semakin menghampiri Doyin, Angie dapat mendengar setiap perbualan penjenayah itu dengan jelas. Angie telah menggunakan pengalamannya selama 12 tahun itu untuk membantu Doyin yang sedang berada didalam ketakutan.

Angie berkata kepada Doyin, “Baik, jangan bercakap.” Angie kemudian mengarahkan Doyin untuk menjawab pertanyaannya dengan hanya menggunakan kekunci telefon dengan jawapan ‘ya’ dan ‘tidak’ sebagai kod. Mereka berada di dalam situasi senyap sehingga penceroboh itu selesai mencuri dan keluar dari rumah tersebut beberapa minit kemudian.

Sementara Angie membuat situasi Doyin berada dalam keadaan tenang, terkawal dan senyap, pasukan polis dengan helikopter telah sampai di tempat kejadian. Penjenayah terbabit telah berjaya dikesan dan pasukan polis telah berjaya menahan kesemua mereka.

Syabas buat pasukan polis dan Angie Rivera. Tindakan pantas dan fikiran tenangnya telah berjaya memberkas penjenayah terbabit dan menyelamatkan nyawa Doyin Oladipupo.

Sumber: NTD.TV

Lihat video dibawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds