Misteri & Fenomena, Pesona, VIDEO

Fenomena alam menakjubkan! Pemuda melihat belalai salji yang jarang berlaku dan berjaya merakam pergerakannya.

Fenomena alam menakjubkan! Pemuda melihat belalai salji yang jarang berlaku dan berjaya merakam pergerakannya.

Alam semulajadi yang berada di sekeliling kita sememangnya indah dan menakjubkan. Kadangkala dengan  hanya melihat di tingkap rumah, kita akan dapat melihat suatu fenomena alam yang mempesonakan. Dan jika bernasib baik, kita akan dapat melihat fenomena alam semulajadi yang unik dan jarang berlaku di depan mata sehingga kita sendiri tidak mempercayai mendapat peluang melihatnya.

Salah seorang yang bertuah dapat melihat fenomena luar biasa ini ialah Michał Bielas yang telah berjaya merakam video beliung musim sejuk belalai salji semasa berada di Taman Negara Tatrzanski Narodowy di Poland.

Dalam video tersebut, Michał telah merakam satu video lanskap berbukit dengan pokok pine menakjubkan yang diliputi salji yang tebal dengan angin salji yang lembut.

Dan apa yang menakjubkan semasa rakaman tersebut, Michał telah melihat satu fenomena luar biasa belalai salji yang jarang berlaku pada musim sejuk. Beliung musim sejuk ini telah berjaya dirakamkan oleh Michał dan ia amat mempesonakan dan indah.

Satu pusaran angin dengan kelajuan yang tinggi membadai salji dan membawanya menjadi beliung salji. Fenomena ini amat cantik dengan melihat butiran salji dibawa angin yang berpusing bagai asap yang keluar dari cerobong asap rumah di musim sejuk.

Belalai salji ini berlalu dengan pantas sehingga ke atas bukit kecil sebelum ia lenyap di celah-celah awan tebal yang melitupi kawasan pergunungan.

Michał Bielas berkata, “Saya tidak pernah melihat sesuatu yang seperti ini dan rasanya ini adalah kali pertama didalam hidup saya dan mungkin yang terakhir. Pengalaman ini bagai satu mimpi berada di alam fantasi musim salji. Saya tidak pernah membayangkan akan mengalami pengalaman melihat fenomena alam paling sempurna semasa berada dalam percutian musim sejuk.”

Nampaknya Michał Bielas merupakan salah seorang yang sangat bertuah kerana dapat menyaksikan fenomena alam semulajadi yang jarang berlaku di dunia ini dan semestinya ia adalah kejadian takjub penuh keajaiban percutian musim sejuk.

Kredit imej: Michał Bielaś

Sumber: inspire MORE

Lihat video fenomena alam semulajadi menakjubkan ini dibawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...