Cikgu Azizan: “Saya maafkan pelajar saya. Saya sangat berharap dia akan menjadi anak yang baik kepada ibu bapanya” Adila 20/12/2017 tweet Related Posts Tiada caj tambahan: Peniaga dan penjaja di Kuala Lumpur berdepan kompaun RM2,000 sekiranya mengenakan caj bagi beg plastik biodegradasi Bayi 18 bulan lemas ‘dihempap’ anak patung beruang, ibu ini nekad sedarkan orang ramai tentang bahayanya Kesan rokok terhadap paru-paru dan trakea selepas eksperimen dijalankan, lihat hasil akhirnya, mengerikan! Guru cedera disamun dalam bilik darjah ketika mengajar Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Share this on WhatsAppNILAI – Menjadi seorang guru adalah salah satu profesion paling mulia di dunia kerana anda membantu membentuk dan mendidik pemikiran muda. Kadang-kadang, guru perlu mengambil tindakan yang munasabah jika pelajar terlalu nakal. Kes terbaru seorang guru yang didakwa kerana telah mencederakan seorang pelajar berusia 11. Kredit: NST Menurut NST, Azizan Manap yang berusia 44 tahun atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak Nilai dituduh mencederakan anak muridnya itu selepas beliau menamparnya di pipi kiri semasa perhimpunan sekolah pada jam 7 pagi pada 6 April. Cikgu Azizan melakukan ini kerana pelajar itu telah didakwa melakukan kesalahan disiplin berat seperti menghidu gam, ponteng dan membuli pelajar lain. Anda mungkin menganggap tindakan yang dibuat oleh Cikgu Azizan agak biasa tetapi pada 31 Oktober, Cikgu Azizan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Perbicaraan telah diadakan pada 19 Disember dan sebelum itu, kes Cikgu Azizan menjadi tular dan mendapat banyak penyokong di media sosial. Malah, terdapat lebih daripada 300 penyokong menunggu di luar mahkamah kerana mereka menunggu keputusan mahkamah. Kredit: Berita Harian Mahkamah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu. Cikgu Azizan kelihatan menitiskan air mata ketika beliau keluar dari mahkamah dengan berpakaian kemeja biru. Beliau tiba sekitar jam 8.30 pagi bersama rombongan penyokong termasuk presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razakin dan ahli-ahli NUTP yang lain, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda, serta ahli keluarga dan rakan-rakan guru. Kredit: Berita Harian Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan ini selepas Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan pihak pendakwa raya untuk menarik balik pertuduhan itu. Cikgu Azizan mengatakan bahawa beliau telah memaafkan murid dan keluarga murid itu. Beliau berkata, “Saya maafkan pelajar saya. Saya tidak menyimpan dendam terhadapnya dan ahli keluarganya. Saya sangat berharap bahawa dia akan menjadi anak yang baik kepada ibu bapanya.” Kredit: Berita Harian Beliau menambah, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah menyokong saya sejak hari pertama. NUTP, ahli keluarga, rakan-rakan guru di seluruh negara dan semua orang, dari bawah hati saya, terima kasih banyak. Saya mengangggap semua ini sebagai asam garam kehidupan dan ia tidak akan melembutkan semangat saya untuk terus mendidik pelajar saya untuk membantu mereka menjadi orang yang lebih baik.” Kredit: MalaysiaGazette Tidak diketahui sama ada beliau akan kembali ke sekolah, Cikgu Azizan mengatakan bahawa beliau akan serahkan perkara ini kepada Kementerian Pelajaran. Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan menasihati ibu bapa dan pelajar untuk mengambil jalan lain untuk menyelesaikan masalah sebelum mengambil tindakan undang-undang. Sumber: NST dan Berita Harian Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:NASIONAL Pendidikan ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Rakaman aliran lava panas selepas berlakunya letusan gunung berapi, anda juga pasti akan berasa bahangnya! Nampak sahaja kurus tapi dalam masa kurang tiga minit wanita ini berjaya habiskan burger keju setinggi ini! Comel dan lucu! Apa agaknya perkara yang dibincangkan dengan anak patung mereka? Bunyinya seperti ada yang penting sahaja… Persembahan silap mata yang buatkan anda tidak akan berkelip menontonnya, sungguh memukau! Semua orang berdebar-debar melihat aksi lelaki yang cuba memegang seekor buaya, tetapi tunggu sehingga kawannya datang, lain pula yang berlaku! Pilihan Editor Minum kopi bukan memberi tenaga sebaliknya menjadi bertambah sakit. Rahsia terbongkar apabila mesin kopi dibuka Mengimbas kembali gaun perkahwinan diraja paling cantik sepanjang 7 dekad Nenek 76 tahun tinggal sendirian di Siberia dan meluncur tasik paling dalam di dunia setiap hari dengan alasan mudah yang menyentuh hati Bayi 18 bulan lemas ‘dihempap’ anak patung beruang, ibu ini nekad sedarkan orang ramai tentang bahayanya Seorang artis seni membawa anda kembali ke zaman lalu, hasil diorama yang realistik yang pasti memukau pandangan anda! Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah 2017-12-20 Adila