Di dalam lautan terdapat pelbagai kehidupan makhluk yang telah diketahui atau belum lagi ditemui spesiesnya oleh para saintis. Namun pada kedalaman lautan yang agak mustahil bagi apa-apa makhluk akuamarin untuk hidup kerana jurang yang gelap dan air lautan yang sejuk serta tekanan yang tinggi, wujudkah makhluk yang mampu bertahan dengan keadaan seperti ini?

Satu spesies ikan ini telah membuktikan yang makhluk akuamarin boleh hidup pada kedalaman lautan sejauh beribu meter dengan keadaan yang ekstrem. Ikan ini juga kini dikenali sebagai ikan terdalam di dunia. Sekumpulan saintis yang membuat kajian telah menemui ikan ini di Jurang Mariana berdekatan Filipina dan Guam.

Saintis mendapati pada kedalaman lautan yang agak mustahil bagi apa-apa makhluk untuk hidup, mereka telah menemui spesies ikan ini hidup di kedalaman tersebut dan terbukti teori mereka ternyata salah dalam membuat kajian kehidupan akuamarin laut dalam.

Ini adalah spesimen ikan siput Mariana yang para penyelidik telah temui

Para penyelidik dari Universiti Hawaii, Universiti Washington dan Universiti Newcastle telah menemui ikan tersebut. Ikan ini berupaya berenang sedalam 8,000 meter dari paras laut. Dikenali ikan siput Mariana dan para penyelidik telah memberi nama saintifik ‘Pseudoliparis Swirei’.

Ketua penulis bagi penemuan baru ini, Mackenzie Gerringer berkata, “Ikan terdalam di dunia telah diambil dari dasar laut ,dan kami berasa teruja dengan nama rasminya.”

Mackenzie Gerringer menambah, “Ikan ini nampak amat bertenaga dan kuat bagi ikan yang dapat hidup dalam persekitaran yang ekstrem dan mereka telah berjaya hidup dalam keadaan tersebut.”

Ikan ini tidak kelihatan seperti ikan dasar laut dengan  dengan rupa yang luar biasa seperti ikan angler atau lain-lain spesies dasar laut dalam. Sebaliknya, ia berupa seperti ikan berudu. Apa yang menarik, satu anatomi diperlukan bagi melihat bagaimana ia mempunyai ketahanan untuk wujud dan hidup di dasar laut dalam.

Sebagai satu kenyataan, ikan siput Mariana bukan spesies ikan dari baka yang bergerak perlahan dan lemah. Ia adalah pemangsa yang dominan. Dengan spesies yang terhad di dalam persekitaran yang ekstrem, ikan ini pasti memburu dan menjadikan siput dasar laut dan lain-lain haiwan inverterbrat sebagai mangsanya.

Seorang lagi penyelidik, Thomas Linley berkata ikan siput Mariana ini telah sampai ke dasar laut melalui adaptasi persekitaran. Dengan sebab itu, ia dapat melepaskan diri dari sebarang pemangsa dengan bentuk dan pergerakannya. Dengan berbentuk seperti corong dan bersalur, ia boleh memberi ruang yang luas untuknya memburu mangsa dan mendapatkan makanan.

Mackenzie Gerringer menambah, “Amat mengagumkan apabila melihat ikan tahan lasak ini dapat hidup di kedalaman itu. Kami berfikir keadaan di dasar paling dalam itu amat mencabar dan sangat ekstrem bagi kami untuk membuat penyelidikan. Tetapi, kami telah menjumpai sekumpulan organisma yang dapat hidup dengan gembira di bawah sana.”

Ikan siput Mariana ini mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia untuk selamat menghadapi tekanan dasar laut, kegelapan melampau dan suhu yang dingin

Dengan penemuan ini, saintis kini akan lebih berusaha untuk mencari penemuan baru dan membongkar misteri yang terdapat di dalam alam yang tahan lasak dan ekstrem ini. Mungkin terdapat banyak lagi ekspedisi yang akan dijalankan, dengan lebih banyak penemuan baru organisma unik yang akan ditemui.

Kredit imej: University of Washington.

Lihat video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds