KUALA LUMPUR – Satu kajian terbaharu dijalankan oleh Qualtrics Asia Pacific Employee mendedahkan, 67% rakyat Malaysia  gembira dengan pekerjaan mereka berbanding Singapura (64%) dan Hong Kong (50%).

Lebih 5,000 pekerja telah ditemubual di beberapa negara Asia termasuk New Zealand dan Australia.

Perkara ini membuktikan, rakyat Malaysia mempunyai kepuasan terhadap profesion mereka tinggi  berbanding negara- negara Asia yang lain.

Bukan itu sahaja, hasil kajian turut menunjukkan 51% pekerja Malaysia mempunyai motivasi dan komitmen terhadap tugas mereka.

Akan tetapi, hanya 45% pekerja Malaysia yang mempunyai keinginan untuk pergi ke tempat kerja keesokan hari.

Kredit: humanresourcesonline

Hasil kajian mendapati, bidang pelancongan, peruncitan, dan perkhidmatan mempunyai motivasi paling tinggi untuk menjalankan tugas.

Golongan ini sentiasa ‘tidak sabar untuk bekerja’ dengan menunjukkan bahagian perkhidmatan (100%), pelancongan (60%), dan peruncitan (64%).

Kredit: WOBB

Hasil kaji selidik, kebanyakan rakyat Malaysia tidak beranggapan faktor ‘bekerja lebih masa’ sebagai sebab untuk berhenti bekerja.

Mengikut sektor profesional, bidang kewangan mempunyai peratus paling rendah terhadap keinginan untuk berhenti kerja disebabkan ‘bekerja lebih masa’ dan hanya 11% berkeinginan berhenti bekerja.

Badan kajian ini juga terkejut kerana, faktor bekerja lebih masa dan tekanan dalam pekerjaan bukanlah penyebab seseorang berhenti bekerja.

Kajian ini dilakukan bagi menilai hubungan pekerja dengan majikan, dan melihat kaedah bagi majikan mencipta persekitaran pekerjaan yang menarik, produktif, dan menyeronokkan.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds