Berita buruk untuk penggemar fesyen! Kedai pakaian kesukaan ramai mengumumkan bahawa akan ada lagi penutupan beberapa kedai miliknya ekoran kadar jualan yang tidak mencapai sasaran.

Hennes & Mauritz (H&M) telah pun dikenali oleh orang ramai di seluruh pelosok dunia. Mereka juga dilaporkan akan memberi tumpuan kepada jualan atas talian kerana orang ramai mula memilih medium ini untuk berbelanja.

Sumber: Mumbrella Asia

Menurut NST, CEO kepada syarikat pakaian Sweden itu, Karl-Johan Persson telah membuat kenyataan, “Jualan atas talian syarikatnya berkembang dengan baik tetapi kedai fizikalnya pula merekodkan kadar jualan yang sebaliknya. Hal ini kerana situasi pasaran yang mencabar disebabkan oleh peralihan yang berterusan dalam industri”.

Kadar jualan di kedai daripada bulan September hingga November menurun sebanyak 4% kepada 50.4 bilion kronor (RM 23 bilion) berbanding dengan tahun lepas. Jualan dalam mata wang tempatan juga turun sebanyak 2%.

Sumber: Earth 911

Penurunan kadar jualan juga telah menyebabkan H&M merangka pelan untuk memulakan perniagaan mereka menerusi platform atas talian di China iaitu Tmall bagi meningkatkan pendapatan mereka bagi mengurangkan kerugian pegangan saham yang jatuh hampir 13% dalam pasaran stok Stockholm.

Berita penutupan kedai menimbulkan tanda tanya oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, mereka masih belum mengumumkan tarikh dan lokasi kedai yang akan ditutup kelak. Mungkinkah di Malaysia?

Sumber: Pinterest

Tindakan ini merupakan respon kepada perubahan cepat tingkah laku pembelian oleh pelanggan. Ia termasuklah integrasi berterusan kedai fizikal dan digital, dan mengukuhkan pengoptimuman portfolio kedai jenama H&M – yang membawa kepada lebih banyak penutupan kedai dan bukaan yang lebih sedikit.

Fortune melaporkan bahawa para penganalisis telah menurunkan penarafan mereka terhadap saham H&M baru-baru ini kerana mereka takut bahawa jenama pakaian itu tidak akan dapat bersaing dengan jenama dalam talian seperti Asos dan meramalkan penurunan jualan menjangkau tahun 2018.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds