Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia. Semua sedia maklum bahawa rumah merupakan aset yang penting bagi semua rakyat tanpa mengira lapisan umur. Namun begitu, harga rumah pada masa ini adalah sangat tinggi sekali gus menyebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mengalami kesukaran untuk membeli dan memiliki rumah sendiri.

Oleh demikian, kerajaan telah melaksanakan satu inisiatif dengan membangunkan projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan sebagai salah satu usaha untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan belia.

Kredit: Ritz [email protected] South

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, projek ini dibina di bawah harga pasaran supaya penduduk mempunyai kemampuan untuk membeli dan membayar.

“Setiap rakyat Malaysia perlu mengakui bahawa mereka kini sedang menikmati keselesaan hasil usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Ini terutamanya golongan muda, apa yang anda lihat di Kuala Lumpur hari ini bukan ‘magic’ tapi perancangan kerajaan dan nenek moyang kita serta keprihatinan kepada masyarakat.”

Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50,000 unit perumahan akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kredit: najibrazak.com

Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon RUMAWIP adalah:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan di bawah rm10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Suami dan Isteri)
  • Pembeli perlu mendiami rumah yang dibeli dan tidak boleh disewakan
  • Pemohon tidak diisytiharkan muflis

Kredit: RUMAWIP

Tambah Tengku Adnan lagi, sebanyak 40,118 unit RUMAWIP telah siap dibina semenjak tahun 2013 hingga September lalu. Antaranya ialah Residensi Pandanmas, Residensi Wangsa Meranti, Residensi Puchongmas, Residensi Jalilmas, Residensi Hijauan dan Residensi Semarak Platinum. Projek RUMAWIP ini turut dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM20 bilion!

Kredit: BH Online

Beliau turut memberitahu bahawa kini seramai 158,180 pemohon telah berdaftar melalui portal RUMAWIP. Menurut Mohammad Noor Bahari, 32 tahun yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta, inisiatif kerajaan ini sememangnya mampu membantu golongan belia untuk memiliki rumah sendiri.

“Setiap orang sudah tentu ada pasang cita-cita nak ada rumah sendiri tambahan lagi apabila dapat peluang menetap di kawasan yang mudah mendapat akses ke lokasi utama di pusat bandar. Apatah lagi segala kemudahan asas di kediaman ini seperti dobi, pengurusan bangunan yang cekap dan persekitaran yang bersih membuatkan harga RM300,000 yang dibayar berbaloi”.

Utusan Online

Sementara itu seorang lagi pembeli, Phang Jiun Jiann, 30 tahun berkata dapat memiliki perumahan RUMAWIP pastinya dapat menjamin masa hadapan.

“Melihat kepada harga kediaman pada masa ini yang begitu mahal membuatkan saya rasa mustahil untuk membeli rumah sendiri terutamanya di Kuala Lumpur. Namun, apabila saya terjumpa iklan mengenai RUMAWIP di akhbar, saya segera buat permohonan secara dalam talian dan berjaya mendapat rumah ini kurang daripada dua tahun.”

najibrazak.com

Setiap unit RUMAWIP mempunyai ukuran 79 meter dan 84 meter persegi (850 x 900 kaki persegi) dan dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dijual pada harga RM290,000 dan RM300,000 seunit. Di samping itu, perumahan ini turut mempunyai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan parkir berbumbung.

Residensi Jalilmas/Facebook

Justeru, bagi anda yang berminat untuk memohon, anda perlulah mengikut tiga langkah utama.

#1 Membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu bagi memastikan segala pengurusan maklumat pengguna diperolehi dan disimpan

Proses pendaftaran ini boleh dilakukan di portal rasmi RUMAWIP. Jika pendaftaran berjaya, emel pengaktifan akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan. Anda dikehendaki untuk menekan pautan emel yang diberikan sebagai pengesahan pendaftaran.

#2 Kemaskini profil

Setelah akaun anda berjaya didaftarkan, langkah kedua yang perlu anda lakukan adalah mengemaskini profil anda dengan mengisi segala butiran peribadi yang diperlukan.

#3 Permohonan projek kediaman

Sebaik sahaja anda berjaya menyelesaikan dua langkah ini, anda layak untuk melakukan langkah terakhir iaitu memohon projek RUMAWIP yang anda minati. Diingatkan bahawa seorang pemohon hanya boleh membuat permohonan sebanyak tiga projek sahaja.

Pastikan anda lengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan sebelum menghantar permohonan secara pos ke alamat Urusetia RUMAWIP. Senarai nama pemohon yang layak dan berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Bagi urusan berikutnya, pemohon perlu berurusan dengan pihak pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan semasa di Portal RUMAWIP.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Hartanah NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds