Rakyat Jepun memang terkenal untuk pelbagai perkara, salah satunya ialah bagaimana mereka begitu rajin bekerja. Namun, sikap ini membawa perkara yang sangat negatif sehingga mereka dikenali dengan kematian disebabkan terlalu kuat bekerja.

Laporan menunjukkan bahawa mereka bekerja selama lebih 80 jam sebulan. Ianya menjadi normal di Jepun sehinggakan mereka menggelar fenomena ini sebagai Karoshi.

Sebagai penyelesaian kepada masalah ini, sebuah syarikat keselamatan dan kebersihan pejabat telah menawarkan satu langkah inovatif.

Syarikat itu dikatakan akan menguji dron untuk memastikan pekerja di syarikat pulang ke rumah dan tidak meluangkan masa sehingga lewat malam di pejabat.

Idea itu amat mudah; dron akan diterbangkan melalui bangunan pejabat selepas waktu bekerja tamat sambil memasang muzik yang kuat agar mereka pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, dron ini bukanlah jalan penyelesaian sebenar kepada masalah ini.

Menurut BBC, masalah sebenar ialah budaya kerja di Jepun, yang menyebabkan pekerja dipaksa untuk bekerja pada tahap yang membuatkan mereka tertekan.

Menghalau mereka pulang ke rumah tidak semestinya akan menjamin mereka berhenti bekerja. Dengan teknologi canggih masa kini, pekerja boleh menyambung semula kerja mereka dari rumah sehingga lewat malam.

Di Jepun, konsep gaya kerja dan hidup yang seimbang bukanlah sesuatu yang normal. Jadi, masalah ini sebenarnya yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Seijiro Takeshita, seorang profesor pengurusan dan maklumat di University of Shizuoka memberitahu BBC:

“Dron ini tidak akan menyelesaikan masalah. Syarikat menggunakannya supaya ia kelihatan seolah-olah mereka mencari langkah untuk mengatasi fenomena ini, walhal ianya tidak membantu. Memberi kesedaran memanglah penting, tetapi penggunaan dron ini kelihatan begitu palsu bagi pendapat saya.”

Apakah pendapat anda? Mungkinkah ini akan berkesan sekiranya dilaksanakan?

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular

Ad will display in 09 seconds