Seorang polis berjalan ke arah gerai “haram” nenek dan mengenakan saman terhadapanya. Tindakannya selepas itu disaksikan oleh beberapa netizen yang melintasi kawasan tersebut. Tindakan polis itu benar-benar membuatkan nenek itu menangis.

Terdapat banyak gerai di sepanjang laluan pejalan kaki di Taiwan tetapi pemilik gerai ini memiliki lesen perniagaan yang sah untuk mengendalikan gerai mereka.

Namun begitu, kedudukan gerai mereka nampaknya tidak mengikut undang-undang. Melihat polis berjalan ke arah pengendali gerai dan mengenakan saman kepada mereka adalah perkara biasa.

Seorang netizen telah menyaksikan seorang polis meronda di jalan yang sibuk yang dipenuhi dengan banyak gerai. Kebanyakan pemilik gerai yang masih muda dan sihat dengan pantasnya mengemas gerai mereka dan melarikan diri tetapi seorang nenek yang mengendalikan sebuah gerai nampaknya terlalu tua untuk melarikan diri. Tindakan polis selepas itu membuatkan netizen menangis.

Pada suatu hari, seorang warga Taiwan dari Pingtung County keluar bersiar-siar dengan rakan-rakannya. Mereka pergi ke jalan yang sibuk dengan gerai di kanan dan kiri jalan. Namun pemilik kedai tiba-tiba mula membungkus peralatan mereka dan melarikan diri. Mereka melihat polis peronda datang ke jalan tersebut. Pemilik-pemilik gerai di situ sangat lincah dan dalam sekelip mata mereka menghilangkan diri.

Jalan itu kembali sunyi. Tetapi ada sebuah gerai yang masih lagi sedang dikemaskan. Gerai itu dikendalikan oleh seorang nenek. Disebabkan dia terlalu tua, dia mengemas dengan begitu lambat sekali.

Polis itu telah pun tiba di gerainya dan polis itu menerangkan kepada nenek itu bahawa dia telah melanggar undang-undang.  Netizen yang menyaksikan kejadian itu mendengar nenek tersebut merayu kepada polis: “Jangan saman saya.”

Polis itu berjalan ke arah nenek itu dan menerangkan kepada nenek itu bahawa dia telah melanggar undang-undang

Tidak kira bagaimana kasihan nenek itu merayu kepada polis, dia tidak dapat mengubah keputusannya. Polis itu tanpa belas kasihan mengeluarkan saman kepada nenek tersebut.

Netizen yang melihat seluruh kejadian itu berasa sedih terhadap nenek itu. Sudah jelas betapa sukarnya bagi seorang nenek membuka gerai dan menjalankan perniagaan tetapi pada akhirnya semua pendapatannya terpaksa digunakan untuk membayar saman.

Selepas mengeluarkan saman, polis itu mengambil dompetnya dan menarik keluar dua keping duit bernilai seribu dolar setiap satu. Berserta saman dan dua ribu dolar Taiwan, polis itu memberikannya kepada nenek tersebut.

Selepas mengeluarkan saman, polis itu menarik keluar dua ribu dolar Taiwan (RM272.00) dan memberikannya kepada nenek tersebut

Sebelum ini, nenek itu merayu polis supaya tidak mengenakan saman kepadanya tetapi apabila tiba-tiba berlaku perkara sebaliknya nenek berdiri dengan rasa terkejutnya dan tidak berani untuk menerima duit tersebut.

Polis itu berkeras mahukan nenek itu mengambil dua ribu dolar Taiwan tersebut.

Selepas itu, polis berpaling dan berlalu pergi meninggalkan nenek yang masih berdiri dengan rasa tidak percaya. Nenek itu berdiri sambil air mata mengalir di pipinya dan pada masa yang sama netizen itu turut menangis.

Kemudian, netizen itu berkongsi cerita itu di media sosial dan dengan cepatnya ramai netizen memberi komen:

“99.99 peratus polis Taiwan sangat peramah dan baik hati.”

“Terlalu banyak kekecewaan dalam kehidupan tetapi antara kebanyakan kekecewaan, kejadian yang sangat tulus dan mesra seperti ini membuatkan dunia kita tempat yang paling baik untuk didiami.”

Terdapat mesej dari seorang pelajar yang menuntut di Central Police University: “Polis menjalankan tugasnya mengikut undang-undang dan ia pasti sukar buatnya untuk mengeluarkan saman kepada nenek ini. Dia terpaksa mengeluarkan saman supaya dapat mengelakkan pemilik gerai mengendalikan perniagaan mereka di kawasan yang tidak sah. Senior, awak sangat hebat!”

Kebanyakan orang beranggapan polis mengenakan saman dengan tanpa belas kasihan tetapi pernahkah anda terfikir adakah polis itu benar-benar kejam? Pada asalnya polis tidak kejam. Semuanya sudah tertulis dengan nyata dan terang. Kitalah yang tidak mematuhi undang-undang. Kita jugalah yang merayu kepada polis dan membuatkan mereka berasa serba salah.

Ketika waktu bertugas, polis kelihatan sangat dingin dan kejam tetapi apabila mereka habis waktu bekerja, apabila mereka tidak memakai pakaian seragam mereka, mereka sama seperi manusia yang lain. Mereka juga berasa belas kasihan terhadap orang awam.  Apabila mereka melihat orang lain berada dalam kesusahan mereka berasa sedih dan mahu membantu juga. Di Taiwan, ramai orang awam dapat merasakan kemesraan dan ketulusan hati polis. Mereka membuatkan masyarakat rasa selamat dan gembira untuk hidup.

Sumber: The Epoch Times

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 10 seconds