Melihat jerawat muncul di wajah pasti membuatkan ramai yang geram. Kalau boleh mahu sahaja ‘diusir’ segala jerawat dan bintik-bintik yang mengganggu dengan segera. Tetapi sedarkah anda bahawa dengan memicit jerawat atau bintik-bintik pada wajah dengan cara yang salah akan membawa padah kepada anda?

Dengan kaedah yang salah, anda sebenarnya berhadapan dengan risiko kesihatan. Bunyinya mungkin agak tragis tetapi itulah hakikatnya. Kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak di Guangzhou, China beberapa minggu lalu wajar dijadikan pengajaran buat semua.

Sumber: Healthline

Kejadian berpunca apabila seorang wanita cuba membantu untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam pada wajah anaknya dengan hanya menggunakan tangannya.

Tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu mula mengalami demam, pening dan sering mengantuk. Keluarganya serta doktor yang merawatnya menyangka bahawa dia hanya mengalami selesema biasa.

Malangnya, keadaannya menjadi lebih teruk apabila dia mula mengalami sakit kepala yang teruk. Dia juga hilang selera makan dan mula muntah-muntah.

Dia kemudian segera dibawa ke sebuah hospital selepas keadaannya semakin memburuk. Seorang ahli bedah saraf di hospital tersebut mengatakan bahawa kanak-kanak itu hampir tidak sedarkan diri ketika dia tiba di hospital.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati bahawa kanak-kanak 10 tahun itu mengalami tekanan yang sangat tinggi dalam tengkoraknya. Hal ini mungkin disebabkan oleh pembentukan nanah atau bahan lain di dalam otak akibat jangkitan bakteria atau kulat. Satu imbasan MRI kemudiannya mengesahkan bahawa terdapat nanah yang terkumpul di satu bahagian tengkoraknya serta bengkak akibat nanah di dalam otaknya.

Sumber: Daily Mail

Dia dilaporkan menderita Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) yang juga dikenali sebagai jangkitan “superbug”. Bakteria ini dilaporkan agak ‘kebal’ terhadap beberapa antibiotik membuatkan ianya sukar untuk dirawat.

Doktor kemudian segera melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan bengkak nanah, sebahagian daripada tengkoraknya serta 8 milliletres nanah daripada otaknya.

Sumber: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Selepas bertanya kepada keluarga itu akan apa yang berlaku ibu kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia telah cuba mengeluarkan bintik hitam di hidung anaknya tanpa membasuh tangannya terlebih dahulu.

Bagi yang tidak tahu kawasan antara hidung dan mulut merupakan “segitiga berbahaya” kerana saluran darah di kawasan ini secara langsung dihubungkan dengan otak.

Oleh itu, jika seseorang memicit binti-bintik hitam atau mungkin jerawat terutamanya dengan tangan yang tidak bersih di kawasan ini, mereka mungkin berhadapan dengan risiko untuk mendapat jangkitan bakteria yang teruk seperti kanak-kanak ini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds