HIBURAN, Misteri & Fenomena, VIDEO

Ikuti respon The Sacred Riana selepas menjuarai Asia’s Got Talent. Anda pasti terkejut dengan umurnya

Ikuti respon The Sacred Riana selepas menjuarai Asia’s Got Talent. Anda pasti terkejut dengan umurnya

Siapa yang tidak menonton Asia’s Got Talent musim kedua yang baru melabuhkan tirainya pada Khamis lalu pastinya sangat rugi. Hal ini kerana juara bagi pertandingan tersebut benar-benar membuatkan ramai orang seram sejuk setiap kali berada berdekatannya.

The Sacred Riana, peserta dari Indonesia ini berjaya mencuri perhatian penonton dengan karakter seram yang dibawanya dan bakat sebagai seorang ahli silap mata.

Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani berjaya menjadi perhatian penonton seluruh Asia sejak awal penglibatannya dalam rancangan ujibakat terkenal itu.

Dengan mempamerkan pelbagai helah silap mata sambil menjadikan Anggun sebagai sasaran, Riana telah memikat hati bukan sahaja penonton tetapi juga para juri dengan penampilan luar biasanya itu.

Pernah anda melihat seseorang melakukan silap mata yang menyeramkan seperti Riana?

Pertandingan ini telah berlangsung selama 10 minggu dan disertai oleh 15 buah negara seluruh Asia seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Mongolia, Krygyzstan dan China. Pada malam pengumuman keputusan, Riana sekali lagi menampilkan persembahan yang mengagumkan dan berjaya memberi impak kepada semua penonton.

Justeru, kehebatan dan kegigihannya dalam mengekalkan karakter gadis yang dikawal oleh anak patung itu membuatkan The Sacred Riana dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan itu!

Menurut pengurusnya, Bow Vernon, “Riana sangat terkejut kerana memenangi pertandingan ini. Dia menyertai rancangan ini kerana mahu kongsikan persembahannya dengan semua orang”.

Lebih menarik lagi, beliau tetap kekal di dalam karakter walaupun diumumkan sebagai pemenang yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai US$ 100,000 (RM407,950).

Ketika ditanya adakah tidak sukar untuk mengekalkan penampilan seperti itu setiap masa, Vernon hanya mampu ketawa dan menjawab:

“Tidak. Dia adalah seorang gadis yang memang pendiam, jadi ianya mudah. Dia bukan jenis yang banyak mulut”.

Vernon walau bagaimanapun enggan mendedahkan umur sebenar Riana dan hanya menyatakan bahawa The Sacred Riana telah mencapai usia melebihi 100 tahun.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan aksi hebat Riana pada malam keputusan, tonton video di bawah ini.

Sumber: The Straits Times

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...