Jerung Greenland merupakan haiwan bertulang belakang yang hidup paling lama, kerana jangka hayatnya boleh mencecah 400 tahun!

Perkara ini telah dibuktikan melalui proses carbon dating yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik terhadap 28 spesis haiwan. Seekor jerung Greenland dianggarkan berusia 400 tahun.

Ianya membesar 1cm setiap tahun dan mencapai tahap dewasa apabila berusia 150 tahun.

Julius Nielsen, seorang pakar marin biologi daripada University of Copenhagen mengatakan bahawa semua orang agak terkejut apabila mengetahui jerung boleh mencecah usia setua itu.

Jerung Greenland ini merupakan haiwan yang sangat besar dan boleh mencecah sepanjang 5 meter.

Ianya boleh ditemui berenang dengan perlahan menerusi air laut Atlantik Utara yang sejuk. Disebabkan gaya hidupnya yang perlahan dan tenang, tidak hairanlah ia mampu hidup dengan begitu lama.

Sesetengah haiwan menurut Nielsen, sukar untuk diketahui umur mereka. Namun mereka mendapat idea yang bernas untuk menganggar usia jerung ini.

Mereka telah menggunakan lensa mata jerung itu kerana ianya merupakan bahagian tubuh jerung itu yang tidak diperbaharui setelah ia terbentuk. Jadi, ianya merupakan alat yang paling baik untuk menentukan usia jerung dengan tepat.

Haiwan ini, yang hanya menjadi dewasa dan boleh membiak apabila ia berusia 150 tahun menjadikan proses pemeliharaan haiwan ini sukar. Ianya boleh menjadi satu masalah di masa hadapan.

Suatu masa dahulu, hati jerung digunakan sebagai minyak mesin dan ianya mendapat permintaan hebat sebelum alternatif lain ditemui.

Jadi, kebanyakan jerung yang hidup pada masa ini masih dalam tempoh remaja dan ianya akan mengambil banyak tahun lagi sebelum ia mampu membiak dan menghasilkan penambahan jumlah jerung dalam spesis ini.

Adakah jerung ini akan ditemui lagi oleh generasi akan datang? Tiada siapa yang tahu.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds