KUALA LUMPUR – Masih ramai yang kurang jelas dengan apa yang diperkatakan tentang Bitcoin. Secara ringkasnya, Bitcoin merupakan matawang digital yang digunakan di internet dan sistem pembayaran digital yang pantas. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain di seluruh dunia tanpa dibatasi oleh sebarang jenis matawang di dunia.

Kredit: The Sun

Pada hari ini, nilai satu Bitcoin adalah bersamaan dengan RM70,900! Walau bagaimanapun, pihak Bank Negara Malaysia hari ini (17 Disember) telah mengemaskini kenyataan mengenai Bitcoin yang dikeluarkan pada 3 Januari 2014 menyatakan bahawa Bitcoin (matawang digital) tidak diiktiraf sebagai sah diperlakukan di Malaysia.

Di samping itu, BNM juga tidak mengawal selia urus niaga Bitcoin dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap risiko berkaitan penggunaan matawang digital tersebut.

Kredit: BNM

“Orang ramai diingatkan bahawa matawang digital tidak sah di Malaysia. Perniagaan matawang digital tidak terdapat dalam piawaian atau peraturan pengendalian kehematan dan pasaran yang terpakai bagi institusi kewangan yang dikawal oleh Bank Negara”.

Walau bagaimanapun, pihak BNM tidak melakukan tindakan pengharaman bagi perdagangan Bitcoin ini. Mana-mana individu yang menggunakan atau menguruskan matawang digital ini perlu menanggung sendiri jika berlaku sebarang kerugian atau pertikaian.

Kredit: Forklog

Sehingga kini, hanya negara Jepun sahaja yang mengiktiraf penggunaan Bitcoin sebagai salah satu bentuk pembayaran undang-undang. Bukan sahaja itu, bermula Februari tahun hadapan, syarikat-syarikat Jepun juga akan mula membayar gaji pekerja mereka dengan menggunakan matawang digital ini.

Kredit: Astro Awani

Walaupun penggunaan Bitcoin tidak diiktiraf sebagai sah untuk dijalankan di Malaysia, urusniaga bagi matawang digital ini semakin lama semakin berkembang pesat!

Menurut BNM, Malaysia menyaksikan transaksi sebanyak RM75 juta sebulan yang diproses melalui platform matawang digital. Timbalan Gabenor, Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan bahawa nilai tersebut masih kecil jika dibandingkan dengan permodalan pasaran matawang digital di seluruh dunia yang bernilai AS$420 bilion!

Kredit: The Star

Tambah beliau lagi, BNM tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan Bitcoin di Malaysia kerana ianya akan membunuh inovasi dan kreativiti.

“Apa yang penting adalah untuk mewujudkan satu keseimbangan. Kami mahu melihat inovasi dan kreativiti yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dan negara sambil melindungi integriti sistem kewangan”.

“Jika anda lihat pada harga, adalah jelas ia sama seperti gelembung. Berapa harganya apabila ia mula diterbitkan dan berapa harganya hari ini”.

Kredit: Zero Hedge

“Jika anda lihat kepada pelaburan lain, saya tidak fikir anda akan mendapat pulangan setinggi itu. Semua yang mempunyai pulangan tinggi, mempunyai risiko tinggi. Saya tidak akan bersetuju dengan itu (Bitcoin dalam gelembung)”.

Sebagai kesimpulannya, anda semua dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam melibatkan diri secara aktif di dalam perdagangan matawang digital ini.

Sumber: Astro AwaniBNM dan World of Buzz

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds