KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Employees Provident Fund (EPF) telah menyemak semula polisinya yang membolehkan ahli antara 55 hingga 60 tahun untuk membuat pengeluaran separa daripada sebarang jumlah bermula Januari depan.

Kredit: ppim.org

Ini merupakan satu perubahan besar daripada polisi sedia ada yang hanya membenarkan ahli untuk mengeluarkan minimum RM2,000 sekali dalam masa 30 hari.

Ahli yang membuat pilihan untuk pengeluaran secara bulanan juga boleh mengeluarkan wang daripada jumlah serendah RM100 sebulan daripada polisi sekarang yang hanya membenarkan pengeluaran serendah RM250 sebulan.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan, selaku CEO KWSP mengatakan pembaharuan itu dibuat berdasarkan ulasan daripada ahli-ahli KWSP.

Menurutnya, mereka telah meminta untuk diberikan lebih fleksibiliti dari segi pengeluaran wang simpanan mereka. Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan ahli.

Kredit: bharian

Shahril juga telah memberitahu bahawa mereka boleh melantik Amanah Raya Berhad sebagai pemegang janji untuk wang simpanan mereka. Perkara ini boleh mempercepatkan proses pembahagian wang simpanan mereka kepada pewaris sekiranya mereka meninggal dunia.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds