Mengambil swafoto adalah menjadi fenomena bagi semua lapisan masyarakat di zaman ini. Namun kadangkala, kita sering terleka ketika mengambil gambar sehingga berlaku tragedi seperti terjatuh dari bangunan tinggi, kecurian, kemalangan dan sebagainya.

Menurut Oriental Daily, seorang remaja perempuan Indonesia telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya setelah dilanggar oleh keretapi yang lalu di kawasan tersebut.

Mangsa, Ely Hayati yang berusia 16 tahun bersama tiga lagi rakannya sedang mengambil swafoto berkumpulan (wefie) di landasan keretapi yang berada di Purworejo pada 6 Disember lalu.

Facebook

Secara tiba-tiba, sebuah keretapi melintasi laluan tersebut dan Hayati yang berada di bahagian belakang pada ketika itu dilanggar oleh keretapi berkenaan sekali gus menyebabkan dia terbang beberapa meter dari lokasi asal.

Facebook

Keretapi yang sedang bergerak laju itu menghantuk kepala Hayati dengan daya yang kuat dan menyebabkan Hayati mengalami pendarahan pada bahagian kepala. Rakan-rakannya yang panik melihat keadaan Hayati segera menghulurkan bantuan dengan menghubungi pasukan paramedik.

Facebook

Hayati segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Dia telah menjalani pembedahan kecemasan bagi menghentikan pendarahan tersebut. Kini, Hayati dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Line Today

Gambar swafoto berkenaan kejadian mengerikan itu telah tersebar secara meluas di media sosial dan meraih pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.

Sememangnya tindakan yang tidak wajar dilakukan. Landasan keretapi adalah kawasan larangan kerana ianya boleh membahayakan nyawa anda. Tetapi kerana ingin mendapatkan gambar yang dianggap sebagai ‘luar biasa’, ramai manusia menjadi cetek akal dan tidak berfikir dengan lebih matang.

Kesimpulannya, jadikan kisah Hayati ini sebagai pengajaran dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling anda!

Sumber: World of Buzz

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds