PULAU PINANG – Isu berkenaan susu tiruan jenama Enfalac A+ Step 1 kini sedang menular di seluruh Malaysia. Lantaran itu, pihak kerajaan dengan kerjasama Mead Johnson sedang berusaha keras dalam membanteras isu ini habis-habisan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang netizen telah kongsikan kepada pengguna Facebook tentang satu insiden menakutkan telah terjadi kepada bayinya setelah meminum susu dipercayai tiruan tersebut.

Beliau yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ternyata terkejut setelah mendapati najis bayi lelakinya berdarah!

Kredit: Facebook

Ikuti perkongsian beliau:

“Pada malam kejadian, ketika saya sedang mengelap bahagian belakangnya dan menukar lampin, saya mendapati lampin itu dipenuhi darah”.

“Suhu badannya juga meningkat kepada 39.4 darjah Celcius dan saya telah memberikannya ubat demam”.

Bayangkan jika perkara ini terjadi kepada bayi anda. Pastinya anda juga merasai kesakitan tersebut. Apatah lagi bagi netizen ini yang pertama kali menjadi ibu, segala-galanya terlalu sukar untuk ditangani. Pada 10 Disember, bayinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat radang usus.

“Doktor khuatir bahawa geseran antara usus mungkin menjadi punca mengapa terdapat darah pada najis bayi saya. Malah mereka turut menyatakan kemungkinan untuk melakukan pembedahan ke atasnya”.

Kredit: Facebook

Oh Tuhan, bayi sekecil ini sudah perlu menjalani pembedahan? Kasihannya dia.

Selepas menjalani beberapa siri imbasan sinaran X dan ultrabunyi, bayi ini berjaya mengelakkan daripada dibedah. Nasib baik.

“Keesokan harinya, doktor tanya sama jika bayi saya meminum susu Enfalac. Doktor itu melihat saya dengan mata terbeliak. Dia tanya jika saya mengetahui tentang isu berkenaan susu rumusan tiruan dan saya menyatakan ya”.

Tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada memberikan ubat antibiotik kepada bayi tersebut. Sejak kejadian mengerikan ini, si ibu mula bertukar kepada susu rumusan bayi yang lain dan bayinya juga mula beransur sembuh.

Kredit: Facebook

Dia turut menghubungi talian Enfalac bagi mendapatkan pengesahan namun panggilannya tidak berjawab. Ibu ini kemudian menegaskan bahawa perkongsiannya di Facebook bukanlah bertujuan untuk menyalahkan pihak Enfagrow kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengetahui keaslian produk berkenaan.

Apa-apa pun, semua laporan mengenai bayinya telah dihantar ke Kementerian Kesihatan bagi tindakan susulan. Pihak kerajaan turut memaklumkan akan mengambil masa dua minggu bagi menyelesaikan pemeriksaan keaslian susu rumusan tersebut.

Semoga pelaku jenayah ini akan segera ditangkap dan dijatuhi hukuman yang setimpal!

Sumber: World of Buzz

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds