Asia, INSPIRASI

Detik cemas seorang pembantu rumah hampir terjatuh daripada tingkat 5

Detik cemas seorang pembantu rumah hampir terjatuh daripada tingkat 5

Seorang pembantu rumah berusia 24 tahun berasal dari Myanmar ini bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh seorang wanita di Singapura sebelum dia terjatuh.

Menurut The Straits Times, pembantu rumah yang namanya tidak dinyatakan, dilaporkan telah terkunci dirinya sendiri dengan secara tidak sengaja di sebuah rumah pangsapuri di Bukit Panjang pada 6 Desember sekitar pukul 8 pagi kerana kunci pintu yang telah rosak.

Wanita itu nekad dengan merangkak keluar daripada tingkap dan berjalan melintasi tebing yang sempit untuk keluar daripada rumahnya. Namun, semuanya berubah menjadi detik yang membahayakan nyawanya setelah dia tersilap langkah.

Saat yang mendebarkan itu dirakam dan telah menjadi tular setelah video itu dimuat naik ke internet oleh penghuni lain yang menyedari kejadian itu iaitu Anita Sahari, 50 tahun.

“Semasa saya sedang merakam video, tangan saya menggeletar,” katanya.

Syukurlah, salah seorang penghuni yang menyewa rumah itu berada di dalam rumahnya ketika itu. Dikenali sebagai Jane, dia terus pergi ke koridor untuk membantu pembantu rumah tersebut setelah diberitahu oleh jiran tetangga yang lain mengenai kejadian tersebut.

“Apabila dia tiba-tiba hilang daripada pandangan, saya risau dia telah jatuh. Jadi saya berlari keluar daripada rumah untuk melihatnya daripada koridor, dan syukur dia masih di sana.

“Dia tidak faham bahasa Inggeris, jadi saya hanya mampu untuk memberi bahasa isyarat kepadanya untuk berhenti bergerak, “kata Jane.

“Saya biasanya meninggalkan rumah sebelum jam 8 pagi untuk pergi bekerja, namun hari ini seperti sebuah takdir kerana saya terbangun lambat.”

“Saya memegangnya dengan sekuat tenaga. Walaupun tubuh badannya lebih besar daripada saya, namun saya nekad untuk menyelamatkannya,” kata Jane.

Tidak lama selepas itu, polis tiba di tempat kejadian. Polis mengambil masa 1 minit untuk menyelamatkan mangsa daripada terjatuh daripada tingkat 5. Tiada kecederaan dilaporkan.

Majikannya, Tuan Raj yang merupakan seorang tentera dan berusia 54 tahun segera diberitahu tentang situasi tersebut setelah dia diselamatkan.

Selepas kejadian tersebut berlaku, pembantu rumah tersebut dilaporkan dibawa pulang kembali ke Myanmar oleh agennya.

Sumber: nextshark.com

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Asia INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...