Hari ini orang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dengan segera termasuk dengan melakukan guraun tidak masuk akal atau prank. Ada antara mereka yang melakukan gurauan bodoh sehingga sanggup membahayakan nyawa dan membuang masa orang lain.

Dua orang sahabat baik dari Britain, Jay Swingler dan Romell Henry telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas mereka melakukan sebuah prank paling tidak masuk akan minggu lalu. Mereka bukan sahaja telah menjadikan diri mereka diri sendiri sebagai subjek prank malah telah melibatkan pasukan penyelamat dalam ‘permainan’ bodoh mereka.

Banyak prank yang dilakukan hari ini sehingga ada yang sanggup membahayakan nyawa dan membuang masa orang lain.

Mereka fikir ‘lawak’ mereka akan menjadi apabila Jay meletakkan kepalanya ke dalam ketuhar gelombang mikro yang dipenuhi dengan konkrit. Apa yang mereka tidak sedar adalah apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang sangat bahaya dan boleh membawa maut.

Video tersebut adalah video yang dirancang untuk menarik tiga juta pengikut di Youtube. Mereka merancang untuk melakukannya selama 12 hari sehingga Krismas.

Ini dia Jay yang bertanggungjawab membuat video prank tersebut 

Apa yang dilakukan pemuda ini adalah sesuatu yang sangat melampau apabila dia meletakkan kepalanya ke dalam ketuhar gelombang mikro semata-mata untuk mendapatkan pengikut yang lebih ramai di Youtube 

Jay dan rakannya, Romell mengisi gelombang mikro dengan simen sebelum melakukan aksi  prank mereka

Kedua-dua mereka juga mencipta tiub supaya Jay dapat bernafas ketika kepala dia diletakkan ke dalam ketuhar gelombang mikro

Seperti yang telah dipersetujui, Romell cuba membebaskan rakannya tetapi tidak berjaya. Selepas satu setengah jam terjebak dalam ketuhar gelombang mikro itu, Romell akhirnya memutuskan untuk memanggil pasukan kecemasan yang tiba di tempat kejadian dengan segera.

Romell gagal mengeluarkan kepala Jay dari ketuhar gelombang mikro tersebut 

Kedua-dua mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali dengan meminta bantuan daripada pasukan kecemasan

Kebetulan pasukan kecemasan sedang berada hampir dengan tempat kejadian

Pasangan itu akhirnya mengakui bahawa prank itu benar-benar berbahaya dan boleh menyebabkan kematian Jay. Mereka mungkin dapat menarik perhatian seluruh dunia, tetapi hakikatnya ramai yang mengutuk aksi mereka.

Lihat video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds