GLOBAL, VIDEO

Pengantin perempuan berusia 12 tahun cuba ‘dibawa lari’ seorang wanita ketika sedang bergambar dengan ‘suaminya’ berusia 65 tahun di New York

Pengantin perempuan berusia 12 tahun cuba ‘dibawa lari’ seorang wanita ketika sedang bergambar dengan ‘suaminya’ berusia 65 tahun di New York

Setiap tahun, 15 juta kanak-kanak perempuan berkahwin sebelum mereka berumur 18 tahun. Hal ini bermakna 28 orang gadis bekahwin setiap minit atau seorang setiap dua saat. Biasanya, pengantin kanak-kanak hanya baru berusia hanya 6 atau 7 tahun, manakala suami mereka mungkin berusia 60-an atau 70-an.

Gadis-gadis bukan sahaja tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak dan remaja mereka, mimpi indah mereka juga dinafikan dengan dipaksa menjadi isteri kepada seseorang. Mungkin perkara ini jarang sekali atau mungkin tidak berlaku di negara maju, tetapi bagaimana pula dengan reaksi orang ramai jika mereka sedar tindakan sedemikian boleh berlaku di New York?

Seorang YouTuber, Cody Persin dengan berani telah mengadakan sebuah mock perkahwinan seorang gadis berusia 12 tahun dengan lelaki berusia 65 tahun pada Februari 2016 untuk melihat reaksi orang ramai di Times Square, New York.

Dalam babak perkahwinan itu Cody berperanan sebagai jurugambar yang merakam gambar pengantin perempuan itu dan pasangannya. Apa yang menariknya suasana di situ tidak menunjukkan bahawa orang ramai gembira dengan perkahwinan itu. Ada yang mendekati remaja perempuan itu dan mempersoalkannya, sementara ada yang  marah terhadap “pengantin lelaki” tersebut. Kemudian ada pula yang menegaskan bahawa mereka akan mengambil pengantin remaja itu dari upacara tersebut.

Eksperimen Cody berjaya, ramai orang yang datang untuk membela pengantin remaja itu

Hampir semua orang di kawasan itu menumpukan perhatian mereka pada “upacara” perkahwinan tersebut

Ada juga yang berani bersemuka dengan pengantin lelaki itu

Orang ramai di Times Square tidak percaya dengan apa yang mereka lihat

Wanita ini nampaknya tidak hanya boleh membiarkan apa yang berlaku di hadapan matanya…

Dia berkeras untuk ‘melarikan’ remaja perempuan itu

Di Virginia, sehingga Julai 2016, remaja perempuan seawal umur 12 tahun dibenarkan secara sah untuk berkahwin jika mereka mengandung dan mempunyai persetujuan ibu bapa 

Antara tahun 2004 hingga 2013, terdapat 4,500 orang remaja di bawah usia 18 tahun berkahwin di Virginia

Undang-undang itu telah dilaksanakan di Virginia dan telah diluluskan di California, Maryland, New Jersey dan New York pada 2016

Perkahwinan kanak-kanak merupakan antara fenomena yang masih berlaku di sebahagian tempat di dunia ini 

Setiap hari, 33,000 orang gadis telah dipaksa untuk berkahwin dan kebanyakan mereka masih berumur 12 dan ke bawah

Mereka dilahirkan dalam kemiskinan dan kerana itu mereka ‘dijual’ keluarga 

Mereka bukan sahaja tidak mempunyai hak untuk bersuara bahkan tidak ada memori masa kecil yang mengembirakan

Girls Not Brides adalah perkongsian global yang terdiri daripada lebih daripada 800 organisasi

Tumpuan utama mereka adalah untuk menamatkan fenomena perkahwinan kanak-kanak dan memberi sokongan kepada kanak-kanak perempuan

Diharap mereka berjaya dalam usaha mereka

“Dunia adalah tempat yang berbahaya, bukan kerana mereka yang melakukan kejahatan, tetapi kerana mereka yang melihat dan tidak melakukan apa-apa” -Albert Einstein.

Lihat video di bawah, video yang menunjukkan bagaimana perkahwinan itu dilakonkan serta reaksi penduduk New York terhadap perkahwinan tersebut:

Sumber: NTD.TV

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GLOBAL VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...