Atas kertas, mungkin Malaysia agak terkebelakang dalam teknologi dan inovasi. Namun demikian, hal itu tidak menandakan kita tidak berupaya untuk bersaing lebih-lebih lagi dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D).

REKA, sebuah syarikat inovasi yang berteraskan kecerdasan buatan, diasaskan oleh seorang pemuda berusia 27 tahun, Muhammad Haziq Faris Hasnol.

Semasa baru menapak dalam dunia perniagaan pada tahun 2014, syarikat ini fokus dalam industri perkilangan iaitu contohnya, pembinaan trak forklift tanpa pemandu.

Menggunakan pelbagai kepakaran yang dimiliki oleh pekerjanya seperti sains komputer, kejuteraan perubatan, dan juga aeroangkasa, REKA kini terkenal sebagai syarikat tempatan pertama yang membina kereta tanpa pemandu.

Bermula pada September 2016, Haziq bersama krew REKA memulakan projek pembinaan kereta tanpa pemandu. Mereka juga telah menjalankan pelbagai demonstrasi dan ujian di pameran kereta serta kesemuanya menunjukkan hasil yang positif.

Bercakap kepada Paultan.Org, beliau menjelaskan, idea ini tercetus selepas syarikatnya membina cip elektronik yang dinamakan Reka Innovation Gear (RIG). Jelas beliau, sistem yang diguna pakai dalam Tahap 3 iaitu pemanduan autonomous.

Menurut Paultan.Org, teknologi ini masih memerlukan manusia untuk memantau sistemnya tetapi tidak memerlukan seseorang untuk duduk dan memandu kereta.

Pada November 2016, mereka melakukan ujian sistem ini terhadap Proton Waja dan tiga prototaip telahpun diuji.

Lebih menarik, kenderaan tanpa pemandu ini telahpun diuji daripada Kuala Lumpur ke Melaka. Dua penumpang duduk dibelakang tanpa pemandu, dan kelajuan yang dicapai adalah daripada 60 hingga 80 km/j.

Seperti yang dijangkan, hasil ujian adalah amat positif sehinggakan mendapat pelbagai pujian dan tawaran kerjasama.

Kini, dua Proton Perdana yang dipinjamkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Nano Malaysia digunakan sebagai pameran kepada masyarakat, dengan sistem yang lebih stabil dan pemasangan yang kemas.

Menurut Haziq, perisian pintar telah dibangunkan untuk menambahkan kecekapannya.

“Bagi segi perkasasan atau peranti, kami menggunakan teknologi sedia ada seperti kamera (permulaan dulu hanya menggunakan dashcam untuk percubaan), sensor radar dan laser dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Haziq memberitahu, beliau mahu bekerjasama dengan mana-mana syarikat di Malaysia untuk memperkemas dan mempertingkat kemajuan teknologi sedia ada, bagi mencipta satu teknologi baru buatan warga tempatan.

Walaupun mendapat tawaran untuk bekerjasama di Singapura dan Australia, beliau agak keberatan untuk memilih tawaran mereka.

Untuk makluman, Haziq merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Cambridge. Walau bagaimanapun, beliau tidak menamatkan pengajiannya kerana mendapat pekerjaan daripada Google di Amerika Syarikat.

Anak muda seperti inilah merupakan contoh yang perlu dicontohi oleh rakyat Malaysia. Bukan sahaja mempunyai idea yang bernas tetapi mereka komited dalam memajukan teknologi buatan warga tempatan.

Sudah pasti, kenderaan tanpa pemandu ini merupakan satu rekaan yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Lihat video di bawah:

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds