Siapa pun pasti akan berang apabila barang yang ditunggu-tunggu sepanjang minggu hilang diambil orang. Kejadian itu telah menimpa seorang lelaki, Shawn Kojima apabila hadiah Krismas yang dibeli melalui atas talian hilang di depan rumahnya.

Bapa kepada dua anak itu menerima notis bahawa bungkusannya telah dihantar ke rumah, namun apabila dia ke luar rumahnya dia tidak melihat apa-apa bungkusan di situ.

Kojima kemudian memeriksa rakaman kamera keselamatan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku sebenarnya. Bungkusan itu telah diambil oleh seorang pencuri yang berjalan di hadapan rumahnya.

Kojma telah menerima notis bahawa bungkusannya telah dihantar ke rumah, namun apabila dia ke luar rumahnya dia tiada apa-apa bungkusan di situ

Kojima kemudian memberitahu polis di Utah akan kejadian itu dan seorang pegawai mencadangkan bahawa dia berkongsi rakaman keselamatan tersebut di media sosial. Lelaki itu kemudian dikejutkan dengan pelbagai respons orang ramai berkongsi gambar pencuri tersebut sehingga ada yang mengatakan mereka tahu akan nama suspek tersebut.

Rakaman dari kamera keselamatannya yang menunjukkan apa yang berlaku pada bungkusan yang ditempahnya melaui atas talian

If you know this THIEF let me know. He stole packages off my doorstep! Please repost!

Posted by Shawn Kojima on Saturday, November 25, 2017

Dua hari selepas dia berkongsi gambar pencuri yang disyaki itu, dia menerima semula bungkusan itu di pintu depan rumahnya. Kali ini ia disertai dengan surat bertulisan tangan dan mainan haiwan.

“Anak bongsu saya ketika pertama kali mendapat bungkusan ini mula menjerit dengan mengatakan bahawa kami telah menang,” kata Kojima kepada KSL TV.

Antara isi surat itu ialah dia menyatakan permohonan maaf atas apa yang telah dilakukan. Dia juga mengaku salah kerana mementingkan diri sehingga mengambil bungkusan tersebut dan berjanji bahawa perkara itu tidak akan berulang lagi.

Keluarga itu bersyukur untuk mendapatkan semula bungkusan milik mereka

Walaupun Kojima tidak mahu membuat andaian mengenai pencuri itu, dia memberitahu Babble bahawa dia tidak pasti akan keadaan sebenar orang itu. Dia hanya berharap agar lelaki itu mendapat pengajaran atas apa yang dilakukannya.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 10 seconds