KESIHATAN, NASIONAL

Cara untuk kenalpasti produk Enfalac A+ Step 1 yang original dengan tiruan

Cara untuk kenalpasti produk Enfalac A+ Step 1 yang original dengan tiruan

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita mengenai rampasan produk susu rumusan bayi tiruan di beberapa premis sekitar Johor Bahru. Rampasan ini dilakukan susulan aduan daripada pengeluar sebenar produk berkenaan kepada pihak polis.

Justeru, pihak Mead Johnson bersama-sama dengan pihak berkuasa telah melaksanakan siasatan lanjut berkenaan isu ini di seluruh Johor Bahru. Hasil siasatan awal mendapati satu-satunya produk tiruan yang terlibat adalah produk susu Enfalac A+ Step 1 di dalam kotak 1.8kg yang mengandungi tiga pek susu rumusan di dalam setiap kotak.

Bernama

Sebanyak 210 kotak susu tiruan dirampas di beberapa kedai sekitar Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM42,000!

Seharusnya, kes-kes seperti ini tidak berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana susu rumusan tiruan ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kepada bayi yang masih kecil.

Today Online/AFP

Seorang pengguna Facebook dan juga ibu, Seila Nawi telah berkongsi mengenai kejadian yang berlaku kepada anaknya di Facebook. Menurut Seila, anaknya mengalami muntah teruk, cirit-birit dan juga demam sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital.

Facebook

Kesan daripada pengambilan susu tiruan tersebut secara berterusan (kerana Seila tidak mengetahui bahawa susu itu adalah produk tiruan), anaknya ditahan di wad selama dua minggu selain mengalami kemerahan pada muka dan badannya.

Facebook

Jadi, bagi mengelakkan anda juga menjadi mangsa kepada penggunaan produk susu rumusan tiruan ini, kami akan dedahkan kepada anda tips untuk mengenalpasti produk asli dan juga produk tiruan.

Periksa pek bungkusan produk

Pek bagi produk Enfalac A+ Step 1 yang asli kelihatan lebih ‘kembung’ berbanding tiruan. Sementara itu, pek tiruan pula kelihatan lebih padat dan mempunyai lipatan tajam pada kedua-dua belah pek (rujuk gambar).

Jika pengguna mendapati pek bagi produk Enfalac A+ Step 1 1.8kg dengan lipatan tajam seperti itu, bolehlah segera hubungi talian pelanggan Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin – Ahad jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam) bagi melaporkan mengenai isu ini dan mendapatkan produk ganti.

Pihak Mead Johnson Malaysia dengan kerjasama KPDNKK akan terus berusaha membanteras jenayah ini dengan menyalurkan maklumat bagi membezakan susu tiruan dengan susu asli dan bersedia untuk berkongsi maklumat mengenai keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...