Sebagai sebuah organisasi media sosial, Facebook prihatin dengan kegiatan jenayah seperti gangguan seksual atau penculikan terhadap kanak-kanak.

Bukan sahaja di Malaysia, kes pedofil kian meningkat dengan mencari mangsa melalui media sosial.

Disebabkan itu, Facebook melancarkan aplikasi pemesejan khas untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun kebawah dikenali sebagai Messenger Kids.

Menurut wired.com, aplikasi ini dibangunkan oleh pakar terdiri daripada ibu bapa, agensi pembangunan kanak-kanak, dan aktivis kanak-kanak selama 18 bulan. Di samping itu, aplikasi ini dibina atas keprihatinan mereka terhadap isu yang dibelunggu oleh kanak-kanak.

Ibu bapa perlu membuka satu akaun untuk anak-anak mereka menerusi akaun sendiri. Akaun yang tiada sebarang iklan dan caj ini membolehkan kanak-kanak berhubung melalui teks, panggilan, dan panggilan video.

Sebagai satu aplikasi untuk kanak-kanak, pengguna juga boleh memberikan rakaman suara, gambar kartun dan berwarna, serta lukisan.

Di samping itu, kanak-kanak hanya dibenarkan berhubung dengan kenalan yang diizinkan oleh ibu bapa mereka sahaja.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Pengurus Projek, Lauren Chang berkata, “Kita memerlukan aplikasi pemesejan untuk kanak-kanak supaya mereka boleh berinteraksi dengan kawan dan ahli keluarga tetapi perlu mendapat kawalan daripada ibu bapa.”

Pihak Facebook berkata, aplikasi ini dibina bagi memenuhi keperluan ibu bapa bagi mengawal kepenggunaan media sosial oleh anak-anak. Mereka percaya, aplikasi ini bukan sahaja seronok malah selamat untuk kanak-kanak.

“Kami ingin memastikan golongan kanak-kanak dapat menggunakan teknologi dengan positif dan selamat dengan umur yang sesuai. Kami percaya, mendidik kanak-kanak menggunakan teknologi dengan cara yang baik akan memberi kebaikan kepada mereka ketika dewasa kelak,” kata Facebook dalam satu kenyataan.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat dan melalui peranti daripada Apple IOS sahaja.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds