INSPIRASI, NASIONAL

Selebriti dan usahawanita terkemuka negara, Neelofa dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd

Selebriti dan usahawanita terkemuka negara, Neelofa dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd

Siapa sahaja yang kenal dengan wanita anggun lagi berjaya iaitu Neelofa. Selain menjadi personaliti tv yang dikenali ramai, Neelofa yang lebih mesra dengan panggilan Lofa turut merupakan seorang ahli perniagaan yang masyhur.

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi menempa kejayaan yang membanggakan apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif oleh AirAsia Berhad.

Menerusi satu status di Twitter, AirAsia menjelaskan bahawa pelantikan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor adalah dipersetujui oleh kesemua ahli lembaga.

“Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital”.

“Neelofa sangat bijak, muda dan bebas – iaitu apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat sentiasa di hadapan sejajar dengan haluan kami untuk menjadi salah satu syarikat paling maju, dipercayai dan disegani di peringkat global,” kata Ketua Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes.

Neelofa yang ternyata berbangga dan teruja dengan pelantikan tersebut meluahkan kegembiraannya untuk menerima cabaran berkenaan.

“Ini bukan pencapaian saya sahaja, malah semua wanita di luar sana. Selama tujuh tahun, saya meneroka kedua-dua industri hiburan dan perniagaan yang telah memberikan saya begitu banyak peluang untuk berkembang dan berubah”.

“Saya gembira untuk menggalas peranan baru ini seterusnya mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh,” jelas Neelofa lagi.

Selain berpengaruh sebagai usahawanita yang terkemuka di negara ini, Neelofa juga tersenarai dalam Forbes Asia menerusia segmen 30 Under 30. Beliau berjaya membina empayar perniagaannya menerusi jenama Naelofar Hijab.

Jenama tudung ini kini dilaporkan berada dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM200 juta pada tahun ini. Malah, tudung Naelofar bukan sahaja boleh didapati di pasaran Malaysia tetapi juga luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan juga Singapura.

Sumber: BH Online

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...