Melihat aksi bayi yang comel dan lucu pasti membuatkan semua orang “geram” dengan mereka bukan? Bayi ini juga sering digomol dan dicium berkali-kali.

Selain menggeletek, ada juga ibu bapa yang suka melambung bayi ke udara dengan tujuan untuk membuat bayi ketawa. Namun begitu, tindakan melambung ke udara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada bayi tersebut.

Menurut National Center of Shaken Baby Syndrometindakan melambung bayi ke udara akan menyebabkan kecederaan tulang belakang dan otak malah boleh mengakibatkan kematian!

Larangan melambung bayi ke udara

Bayi secara umumnya memiliki otot dan saraf pada bahagian leher yang sangat lemah. Pada kedudukan tertentu, mereka sukar untuk mengangkat kepalanya sendiri.

Selain itu, ukuran dan berat kepala dan badan bayi juga sangat berbeza juga menunjukkan bayi tidak begitu seimbang. Rongga yang terdapat di dalam tengkorak diperlukan untuk menyokong pertumbuhan otak. Oleh itu, jika anda melambung bayi ke udara ia akan menyebabkan otak si comel berpindah tempat di dalam rongganya. Apabila ini berlaku, otak bayi akan membengkak dan saluran darah akan terkoyak yang akan mengakibatkan bahaya seperti kematian.

Risiko melambung bayi ke udara

Saraf pada otak dan tulang berkembang pada usia bayi empat bulan. Pada usia ini, leher mereka masih belum kuat untuk menerima ayunan ke atas dan ke bawah kerana masih lemah. Jika bayi di lambung ke udara, ia akan mengakibatkan leher mereka tegang.

Kemungkinan untuk bayi jatuh selepas dilambung ke udara adalah tinggi sekiranya anda tidak dapat menyambutnya semula.

Risiko sementara yang akan berlaku sekiranya bayi terjatuh ialah gegaran dan kecederaan pada otak serta kecederaan pada tengkorak. Manakala risiko kekal ialah sebahagian badan bayi akan lumpuh.

Kesimpulannya, berat kepala dan badan bayi adalah tidak sekata dan tindakan melambung bayi ke udara adalah sangat dilarang.

Anda harus menggunakan cara yang lebih lembut untuk bermain atau bergurau dengan bayi. Jika mahu membuatkan bayi ketawa, anda boleh menggunakan pendekatan lain seperti menyanyi, bermain anak patung dan bermain permainan lain yang tidak mengundang bahaya seperti kematian.

Sumber: Cerpen CO ID

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds