HIBURAN, INSPIRASI, NASIONAL, Pesona

Dahulu, penyanyi cantik kelahiran Malaysia ini banyak ditolak oleh syarikat rakaman, kini mampu mengeluarkan album bahasa Mandarin

Dahulu, penyanyi cantik kelahiran Malaysia ini banyak ditolak oleh syarikat rakaman, kini mampu mengeluarkan album bahasa Mandarin

Shila Amzah telah melangsungkan majlis pertunangan baru-baru ini.

Shila Amzah yang berusia 27 tahun telah bertunang dengan Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun. Haris dilaporkan bekerja di sebuah institusi kewangan di London. Mereka mengenakan busana tradisional bertemakan warna merah muda.

Nama Shila Amzah melonjak naik apabila menyanyikan lagu berbahasa Mandarin di program realiti “Asian Wave” dan “I am a Singer”. Selepas itu dia mengeluarkan album lagu bahasa Mandarin setelah mendapat sambutan di China. Shila mengaku dia agak gementar apabila kali pertama membuat persembahan.

Ayahnya, Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala merupakan seorang penyanyi pada tahun 1980-an.

Shila merupakan anak sulung dalam keluarganya. Shila mula menyanyi sejak berusia 8 tahun, namun dia tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman. Ayahnya sendiri mengeluarkan modal untuk melonjakkan nama anaknya di persada seni sekaligus Shila dapat mengeluarkan album.

Siapa sangka banyak syarikat rakaman tertarik dengan suaranya apabila albumnya diterbitkan. Akhirnya, Shila menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman dan berjaya menjadi penyanyi.

Hingga tahun 2014, kebanyakan lagunya adalah berbahasa Melayu, hanya satu lagu berbahasa Mandarin yang dimuat naik di YouTube. Pada bulan Februari 2014, Shila menyertai program realiti “I am a Singer 2”.

Selamat maju jaya, Shila Amzah!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...