Aneh, GAYA HIDUP

Wanita yang tular kerana didakwa berwajah seperti zombi tampil dengan wajah sebenar

Wanita yang tular kerana didakwa berwajah seperti zombi tampil dengan wajah sebenar

Seperti yang kita sudah sedia maklum, sensasi Instagram warga Iran, Sahar Tabar, didakwa oleh pihak media bahawa beliau telah menjalani 50 kali pembedahan dalam cubaan untuk memiliki wajah persis bak Angelina Jolie. Namun, pembedahan itu menjadikan wajahnya tidak ubah seperti zombi.

Oleh yang demikian, Sahar Tabar digelar sebagai “Pengantin Tengkorak” dan zombi oleh orang ramai, namun beliau membidas segala kritikan yang diterima menerusi kenyataannya pada 28 November.

“Anda dan keluarga anda akan mendapat balasan”, kata Sahar Tabar pada laman Instagram sahartabar_official. “Terimalah balasan tidak lama lagi kerana bertindak menghakimi dan memburukkan seseorang”, tulisnya. Media sosial asing juga turut dikecam kerana membuat liputan secara berat sebelah.

“Laman sesawang asing sangat berat sebelah menerusi komen yang ditinggalkan pada gambar saya”, kata Tabar.

“Saya rasa orang-orang berkenaan masih hidup dalam kurun ke-18. Mungkin mereka tidak pernah tahu akan teknologi dan mekap”, tambah Tabar. Beliau kemudiannya menafikan bahawa beliau menjalani 50 kali pembedahan dan menjelaskan bahawa beliau hanya menjalani sekali sahaja pembedahan.

Menurut terjemahan kenyataannya :

“Hello para pengikut saya, saya akan tetap menyimpan gambar yang anda kritik walaupun saya tidak menyukainya…saya harus jelaskan bahawa saya hanya menjalani sekali sahaja pembedahan, bukannya 50 kali. Laman web asing pula sangat berat sebelah dalam memberikan komen pada gambar-gambar saya. Saya rasa mereka ini masih hidup pada kurun ke-18 kerana tidak tahu akan teknologi dan mekap.

Apa yang dinyatakan oleh sesetengah laman web mengenai saya dan keluarga saya menunjukkan terdapat tanda-tanda cemburu dan iri terhadap saya. Wahai rakan-rakan saya, anda tetap menghakimi dan memburukkan orang lain. Tanpa keraguan lagi, kehidupan anda dan keluarga pasti akan menerima balasan kerana cepat benar menuduh. Sahar Tabar bukanlah seperti yang anda fikirkan, dan akan dikenali di dunia (dengan cara yang baik) dan pasti ramai yang akan menyesal kerana berkata tanpa berfikir dahulu. Tolong hormati citarasa saya dan jangan lupa siapa diri anda”.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknik solekan dan suntingan yang hebat mampu mengubah keseluruhan wajah seseorang. Jadi, kami ingin menunjukkan kepada anda wajah sebenar Sahar Tabar yang mungkin dapat mengubah perspektif anda terhadapnya.

Gambar ini dimuat naik oleh beliau menunjukkan swafotonya sebelum pembedahan dengan memakai hijab.

Inilah Sahar.

Remaja berasal dari Tehran ini memulakan pembedahan hidungnya.

Tabar telah berkongsi banyak swafoto di media sosial, di mana ia mencetuskan kontroversi dan perdebatan di kalangan pengikutnya.

“Anda sangat cantik!” komen seorang pengguna.

“Anda cantik! Sila kekalkan penampilan anda begini”, kata seorang lagi pengikutnya.

“Anda merupakan gadis yang menawan….dan kini anda kelihatan teruk”, kata seorang lagi pengguna.

Kebanyakan pengikut Sahar memintanya untuk mengurangkan suntingan dan solekannya kerana ia sangat ekstrim dan tidak ubah seperti zombi.

Ramai pengikutnya lebih suka akan penampilan semula jadinya.

“Beliau sangat cantik”, kata pengguna.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Aneh GAYA HIDUP

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...