Galeri Foto, INSPIRASI, Pesona

Wanita menukar bas ‘Double-Decker’ kepada rumah perlindungan untuk gelandangan, lihat transformasi ini dari dalam

Wanita menukar bas ‘Double-Decker’ kepada rumah perlindungan untuk gelandangan, lihat transformasi ini dari dalam

Dengan ketibaan musim sejuk di negara barat, sudah tiba masa bagi sesetengah golongan prihatin untuk bekerja keras bagi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak tidur di jalanan dalam keadaan kesejukan.

Dua orang wanita di Britain telah mendapat idea bernas dan bijaksana dengan menukar sebuah bas ‘Double-Decker’ terpakai menjadi sebuah tempat perlindungan bagi golongan gelandangan.

Projek dengan tujuan murni ini telah berjaya menyatukan seluruh komuniti secara bersama dalam membantu golongan gelandangan mendapat perlindungan sementara dan tidak tercicir di jalanan ketika menghadapi musim sejuk yang bakal menjelang.

Sammy Barcroft dan Joanne Vines adalah dua wanita prihatin dari Portsmouth dan merupakan peneraju bagi kumpulan organisasi kebajikan bagi Projek Rucksack. Mereka telah berbincang dan mengumpul idea bagi menjadikan sebuah kenderaan terpakai kepada rumah perlindungan buat golongan gelandangan.

Sammy dan Joanne telah berjaya mendapatkan sebuah bas ‘double-decker’ Stagecoach yang sudah terpakai lalu memanggil para penderma dan sukarelawan bagi membantu membaik pulih dan menukar bas dua tingkat ini menjadi tempat perlindungan yang selesa.

Dalam masa lapan bulan dengan perbelanjaan RM35,000 bersama sehingga 80 orang pekerja sukarela, bas dua tingkat ini telah diubahsuai menjadi tempat perlindungan dengan menempatkan 12 katil yang selesa, sebuah ruang menunggu dan sebuah dapur yang berfungsi penuh.

Kesemua pekerja pengubahsuaian memperuntukkan tenaga dan masa mereka secara percuma sehingga projek ini berhasil direalisasikan dengan modal sebenar sebanyak RM140,000. Mereka secara sukarela telah mendermakan kepakaran dan wang untuk projek ini.

Joanne Vines berkata kepada Metro UK, “Saya berasa sangat gembira akhirnya projek ini telah dapat disiapkan di Portsmouth dan kini saya boleh berehat dengan berasa lega dan gembira.”

Rumah perlindungan baru ini akan diletakkan berdekatan Gereja St. Agatha dan dijangka akan memberi perlindungan dan membantu golongan gelandangan dan mereka yang kurang bernasib baik.

Dianggarkan terdapat 300,000 orang golongan gelandangan yang tidak mempunyai rumah di Britain.

Lihat bagaimana sifat keprihatinan, kemurahan hati dan kerjasama yang baik telah mampu mengubah rupa sebuah bas dua tingkat terpakai kepada sebuah tempat perlindungan sementara yang selesa, unik dan cantik.

Kredit imej oleh: Paul Jacobs

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...