Aneh, INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Tarian manusia domino yang sungguh mengasyikkan. Anda pasti terkelu melihatnya

Tarian manusia domino yang sungguh mengasyikkan. Anda pasti terkelu melihatnya

Persembahan yang mengagumkan, kreatif, luar biasa dan diselitkan dengan gerakan yang sukar dimahiri sentiasa akan melekat di ingatan kita. Hal ini kerana persembahan sebegini adalah satu persembahan yang mampu memukau para penonton sekali gus meraih penghargaan daripada para juri juga.

Christmas Spectacular merupakan salah satu rancangan persembahan yang sangat terkenal dalam Radio City Rockettes. Kebiasaannya, persembahan yang terlibat di dalam rancangan ini adalah persembahan yang tidak tercapai di akal dan boleh membuatkan lidah anda kelu!

Misalnya persembahan yang membabitkan formasi sempurna lagi mengasyikkan ini.

Dalam video berdurasi 5 minit 42 saat ini, para peserta yang berpakaian seperti askar mainan ini telah melakukan gerakan-gerakan yang seragam dan tiada cacat celanya.

Pada pengakhiran persembahan ini, kesemua penari tersebut dilihat jatuh ke lantai setelah bunyi tembakan meriam dilepaskan. Lebih mengagumkan, kesemuanya jatuh seperti impak domino yang sering anda lihat di YouTube!

Proses ini bermula perlahan-lahan dan menjadi semakin laju. Dalam masa beberapa saat sahaja, kesemua penari tersebut sudah terbaring di lantai.

Sememangnya satu persembahan yang bukan sahaja sempurna pergerakannya tetapi sangat luar biasa. Anda pasti terpesona dengan tontonan ini.

Sumber: Inspire More

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...