GAYA HIDUP, VIDEO

Seorang ibu tidak diendahkan ketika bergelut mendukung anaknya di dalam bas, mendorong pemandu bas untuk membuat tindakan bijak

Seorang ibu tidak diendahkan ketika bergelut mendukung anaknya di dalam bas, mendorong pemandu bas untuk membuat tindakan bijak

Dalam masyarakat moden, kebanyakan orang nampaknya cenderung untuk mempertahankan kepentingan mereka sendiri dan enggan mengambil inisiatif untuk membantu orang lain. Namun masih ada orang yang memiliki nilai murni, dan bersikap adil.

Terdapat seorang ibu yang sedang mendukung anaknya di dalam bas ketika itu, tetapi tiada seorang pun penumpang di dalam bas tersebut yang ingin memberikannya tempat duduk.

Pemandu bas tersebut berasa sedikit geram lalu memberhentikan bas kemudian berdiri lalu memberi tempat duduk pemandunya kepada ibu tersebut.

Sekiranya pemandu bas tidak berada di tempatnya, tentu saja, bas tidak dapat bergerak. Jadi selepas dia membuat langkah ini, ada seorang wanita memberikan tempat duduknya kepada ibu tersebut.

Pemandu bas tidak “memaksa” sesiapa, tetapi dia jelas menunjukkan sikapnya terhadap penumpang di dalam bas. Tindakannya ternyata sangat bijak!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...