INSPIRASI, Ria, VIDEO

Pentas America’s Got Talent dikejutkan dengan kehadiran ‘Donald Trump’ sebagai salah seorang peserta yang mahu diujibakat

Pentas America’s Got Talent dikejutkan dengan kehadiran ‘Donald Trump’ sebagai salah seorang peserta yang mahu diujibakat

Nama Presiden Amerika iaitu Donald Trump sentiasa muncul di dalam akhbar. Pelbagai kisah mengenai Trump mendapat perhatian bukan sahaja oleh rakyat Amerika tetapi juga seluruh dunia.

Namun kali ini, nama Donald Trump sekali lagi menjadi sebutan apabila beliau menjadi peserta di dalam rancangan ujibakat America’s Got Talent. Akan tetapi, peserta berkenaan bukanlah Presiden Amerika tetapi hanya seseorang yang menyerupai pemimpin negara tersebut.

Kemunculan peserta ini dimulakan dengan adegan yang begitu epik. Memasuki pentas America’s Got Talent dengan menaiki limosin yang kelihatan sama seperti kenderaan presiden di samping ditemani ejen-ejen kerajaan yang sentiasa berada di sisinya.

Sewaktu para penonton dan juga juri masih terpinga-pinga mengenai identiti peserta tersebut, mereka dikejutkan apabila ‘Donald Trump’ membuat kemunculan di atas pentas besar tersebut!

Sebaik sahaja peserta ini memunculkan dirinya sebagai Donald Trump, Mel B yang merupakan salah seorang juri terus menekan butang ‘X’ sekali gus mencetuskan cemuhan daripada penonton di auditorium.

“Hentikan cemuhan palsu itu,” kata pengajuk Trump itu.

Ketika diminta untuk memperkenalkan dirinya, peserta ini membalas:

“Perlukah awak tanya lagi? Saya kelihatan seperti siapa?”.

“Kita akan menjadikan America’s Got Talent agung semula. Ia akan menjadi hebat”.

Kemudian, seorang lagi juri iaitu Howie Mandel mengingatkan ‘Trump’ supaya persembahannya harus menjadi persembahan yang hebat.

Teruja dengan cabaran tersebut, peserta ini kemudiannya terus mendendangkan lagu rancak daripada Bruno Mars yang bertajuk ’24K Magic’.

Dalam hanya 20 saat, persembahan nyanyian peserta ini berjaya membuatkan para penonton tercengang melihatnya. Justeru, Cowell mengajukan soalan kepada peserta ini.

“Itu sahaja?”.

Secara tiba-tiba, peserta ini kembali aktif dan terus mempersembahkan nyanyian lagu ‘Uptown Funk’ dan ianya sungguh menghiburkan!

Para penonton di auditorium sangat teruja dan terhibur melihat persembahan lelaki ini. Mereka dilihat bertepuk tangan, ketawa dan menyanyi bersama.

Sebaik sahaja tamat, pengajuk Donald Trump ini menerima tepukan yang gemuruh daripada para penonton. Malah, para juri juga kelihatan mengagumi bakat sebagai penghibur sebenar yang dimiliki oleh peserta ini.

“Secara jujurnya, saya rasa ia adalah persembahan yang lucu dan inilah persembahan yang kami perlukan. Awak tahu tak, awak telah memenangi hati semua penonton di sini. Awak akan menjadi hebat!”, komen Howie.

Heidi Clum yang juga kelihatan mengagumi lelaki tersebut menyatakan, “Anda seorang yang berbakat!”

Sementara itu, Mel B yang sudah terang lagi bersuluh tidak meminati Donald Trump juga berada dalam penafian sama ada mahu sukakan persembahan tersebut atau tidak. Namun apa yang pasti, Mel B berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak berasa terhibur semasa nyanyian ‘Donald Trump’ ini dipersembahkan.

Akhir sekali, Simon Cowell memberikan komennya dengan berkata, “Apa yang awak tidak sedar, ini adalah sesuatu yang – percayakan saya – kami semua akan mengingatinya. Saya setuju dengan Howie, ini adalah keaslian yang kami cari dalam rancangan ini”.

Dengan segala komen dan pujian daripada juri serta para penonton, ‘Donald Trump’ berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Lihat dan nikmati video di bawah. Anda pasti terhibur dengannya.

Sumber: NTD Inspired

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...