INSPIRASI, Pesona

Pemain catur handal di Jepun telah menukar penampilan daripada seorang tomboi kepada wanita cantik. Lihat perbezaannya

Pemain catur handal di Jepun telah menukar penampilan daripada seorang tomboi kepada wanita cantik. Lihat perbezaannya

Bagi segelintir gadis, rupa semasa zaman kanak-kanak dengan rupa setelah meningkat dewasa boleh menjadi sangat berbeza. Rata-ratanya akan berubah menjadi seorang wanita yang anggun dan jelita serta kelihatan berbeza jika dibandingkan dengan zaman kecil.

Sementara itu, terdapat juga individu yang akan bergantung kepada pembedahan plastik dengan harapan untuk mengubah penampilan wajah menjadi lebih cantik.

Jika tidak berkemampuan, kaum wanita akan mempelajari teknik solekan yang tepat supaya dapat menutup cela pada wajah sekali gus menyerlahkan lagi kecantikan seorang wanita.

Pernah membaca cerita mengenai anak itik yang hodoh berubah menjadi burung swan yang sangat cantik setelah dewasa? Inilah kisah sebenar yang terjadi kepada seorang pemain catur Jepun yang dikenali sebagai Manao Kagawa.

Manao dilahirkan di Tokyo dan berusia 24 tahun. Manao yang mula bermain catur sejak kecil mula mendapat perhatian dengan bakat yang dimilikinya. Menjelang usia 15 tahun, Manao sudah dikenali sebagai pemain catur yang handal!

Pada usia remajanya, Manao mengekalkan penampilan ‘kelakian’ dengan menggayakan rambut pendek, cermin mata dan kelihatan sedikit gempal. Sewaktu menyertai pertandingan catur, penampilan Manao tidak ubah seperti seorang pemuda yang kacak!

Namun, apabila semakin meningkat dewasa, Manao mula mengubah penampilannya menjadi seorang wanita yang anggun. Bukan sahaja kehandalannya dalam permainan catur semakin meningkat, tetapi kejelitaannya sebagai seorang wanita juga terserlah.

Untuk kelihatan lebih feminin, Manao mengambil keputusan untuk memanjangkan rambutnya dan mengenakan solekan nipis.

Walaupun perubahan yang dilakukannya hanya sedikit, rupa Manao benar-benar berubah dan membuatkan ramai lelaki jatuh hati dengannya! Di samping itu, terdapat juga sesetengah individu yang memuji penampilan terkini Manao dan merasakan Manao boleh berdiri setanding selebriti-selebriti Jepun yang cantik.

Perubahan secara tiba-tiba membuatkan ramai yang merasakan Manao kelihatan seperti individu yang berbeza! Namun, kemahirannya dalam bermain catur masih berada di tahap tertinggi di Jepun.

Walaupun isu kecantikan semulajadi Manao menjadi isu hangat dalam kalangan netizen di Jepun pada masa ini, Manao meminta agar mereka lebih menumpukan kepada kerjayanya sebagai pemain catur profesional.

Sumber: Beauties of Life

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...