Misteri & Fenomena, Pesona

Pelangi 9 jam di Taiwan pecah rekod dunia

Pelangi 9 jam di Taiwan pecah rekod dunia

Pelangi merupakan salah satu fenomena indah semula jadi yang berlaku di dunia. Pelangi akan muncul selepas hujan dan hasil pancaran matahari akan membentuk pelangi.

Kebiasaannya, pelangi akan muncul dalam beberapa minit sahaja. Namun demikian, terdapat pelangi yang bertahan selama sembilan jam dan durasi ini akan memecah rekod dunia.

Kejadian ini berlaku pada 5 Disember lepas di Chinese Culture University, Taipei.

Para pelajar, tenaga pengajar serta penduduk tempatan amat bertuah kerana menjadi saksi fenomena alam yang indah ini.

Dua pensyarah iaitu Prof. Chou Kun-hsuan dan Prof. Liu Ching-huang daripada Jabatan Pengajian Atmosfera telah merakam kejadian aneh itu. Hasil pemerhatian mereka, pelangi ini muncul pada 6:57 pagi sehingga 3:55 petang.

Keseluruhannya, pelangi ini bertahan selama lapan jam 58 minit iaitu hampir sembilan jam. Wow, menakjubnya!

Kun-Hsuan memberitahu seperti yang dipetik daripada CBS News, “Setelah empat jam, kami meminta para pelajar kami memantau pelangi tersebut dan mengarahkan pelajar lain untuk turut menikmati kejadian pelangi ini.”

Beliau turut mengambil lebih daripada 10,000 gambar pelangi tersebut dan akan didokumentasikan kepada Guiness World Record. Beliau yakin, pelangi di Taiwan ini akan memecah rekod dunia.

Para pelajar turut membantu dokumentasi ini dengan menyebarkan kejadian ini melalui laman rasmi Facebook mereka. Pihak jabatan dan warga tempatan turut terlibat dalam merakamkan gambar yang boleh dijadikan bukti dokumentasi.

Prof Kun-hsuan menambah, kejadian pelangi ini merupakan satu hadiah daripada langit.

Pada pandangan beliau, pelangi tersebut bertahan lama disebabkan oleh kelembahan udara hasil daripada musim hujan yang bertiup daripada timur laut, lapor BBC.

Sebelum ini, Guiness World Record merekodkan pelangi paling lama adalah enam jam iaitu di Yorkshire, United Kingdom, 14 Mac 1994.

Sumber gambar: Chinese Culture University

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...