GAYA HIDUP, KESIHATAN

Ngeri! Akibat tidak membasuh sarung bantal

Ngeri! Akibat tidak membasuh sarung bantal

Semua orang pernah merasai gatal dan iritasi pada mata, dan pastinya kita akan menggunakan cecair titisan seperti Eye Mo untuk melegakannya.

Walau bagaimanapun, ianya tidak berkesan buat wanita ini. Seorang wanita berasal dari Hubei, China telah mengalami kegatalan dan merah-merah pada matanya untuk tempoh 2 tahun!

Sungguhpun beliau telah mengalami masalah itu dalam jangka masa yang lama, tetapi beliau tidak pula merujuk pada doktor dan hanya menggunakan cecair titisan mata sahaja.

Sumber: Oriental Daily

Tetapi…dua minggu yang lalu, beliau telah mengadu pada keluarganya bahawa matanya menjadi sangat kering dan bulu matanya pula melekat antara satu sama lain.

Perasan ada sesuatu yang tidak kena, Xu pergi ke hospital bersama keluarganya untuk menerima rawatan yang sewajarnya. Pada ketika itulah doktor mengetahui bahawa terdapat hama dalam kuantiti yang besar pada folikel bulu matanya.

Sumber: Oriental Daily

Walaupun keadaannya tidak mengancam nyawa, namun ia merupakan satu isu. Jadi, doktor telah meneliti bulu matanya dan doktor tersebut amat terkejut.

Dalam sehelai bulu mata, terdapat lebih 10 ekor hama! Dianggarkan bahawa terdapat lebih daripada 100 ekor hama yang hidup di bulu mata Xu – untuk tempoh 2 tahun!

Sumber: Oriental Daily

Xu didiagnosis dengan  konjungtivitis dan blepharitis, iaitu keadaan di mana kelopak mata meradang akibat jangkitan bakteria yang disebabkan oleh pelepasan hama. Syukurlah, setelah menerima rawatan, keadaannya beransur pulih dan kini beliau telah sihat sepenuhnya.

Doktor berkata kes Xu mungkin disebabkan oleh kekurangan peredaran udara di dalam biliknya dan kurang perhatian terhadap kebersihan diri.

Malah dilaporkan bahawa kali terakhir beliau menukar sarung bantalnya adalah 4 ke 5 tahun yang lalu. Jadi, doktor mengesyaki bahawa hama itu mungkin telah ‘bermigrasi’ daripada bantal ke bulu matanya.

Oleh itu, berikut adalah beberapa saranan doktor mengenai cara-cara untuk mencegah penyebaran hama berkenaan.

Pastikan persekitaran anda bersih. Kerap menukar cadar tempat tidur dan sarung bantal, dan keringkannya di bawah matahari.

Segera cuci tangan anda setelah menyentuh anjing peliharaan atau kucing anda ya!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...