KESIHATAN, NASIONAL

MBPJ lancar kempen Hapus Tikus dan tawar RM3 untuk setiap tikus yang ditangkap

MBPJ lancar kempen Hapus Tikus dan tawar RM3 untuk setiap tikus yang ditangkap

PETALING JAYA – Dalam usaha untuk mengawal serta mengurangkan populasi haiwan perosak iaitu tikus khususnya di sekitar daerah Petaling Jaya, pihak MBPJ baru-baru ini telah melancarkan Kempen Hapus Tikus.

Menurut laporan The Star Online, mana-mana individu yang berjaya menangkap tikus sama ada haiwan perosak itu masih hidup atau tidak akan diberikan ganjaran sebanyak RM3 untuk setiap tikus.

Kempen yang bermula pada 1 Disember lalu hanya berlangsung selama seminggu dan akan berakhir pada hari ini, 7 Disember 2017.

Kredit: The Spruce

Sebarang penebusan ganjaran boleh dituntut daripada pegawai yang ditempatkan di gelanggang bola keranjang di Jalan SS2/61 setiap hari bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi.

Namun, pihak MBPJ ada meletakkan beberapa syarat berkenaan Kempen Hapus Tikus ini. Antaranya adalah anda haruslah merupakan penduduk yang menetap di Petaling Jaya dan tangkapan tikus anda perlu ditangkap dalam kawasan Petaling Jaya sahaja.

Di samping itu, pihak MBPJ dilaporkan telah menerima 55 aduan berkaitan tikus dan sejumlah 1,587 ekor tikus telah berjaya ditangkap pada tahun ini.

Kredit: Majilis Bandaraya Petaling Jaya

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain menjelaskan bahawa pihak majlis daerah turut bekerja keras dalam menangani peningkatan populasi haiwan perosak itu dengan menggunakan kaedah perangkap dan racun tikus.

Walau bagaimanapun, usaha ini hanyalah sia-sia sekiranya kawasan umum dibiarkan kotor tanpa penjagaan kebersihan daripada orang awam.

“Jika kebersihan tidak diutamakan, maka populasi tikus akan terus meningkat. Pemilik premis perlu terlibat dengan syarikat kawalan haiwan perosak bagi memastikan premis mereka bebas tikus,”  jelas Azizi.

Majlis pelancaran kempen berkenaan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan pejabat Jabatan Kesihatan MBPJ.

Sebanyak 200 perangkap tikus diedarkan kepada pemilik kedai di sekitar kawasan komersial SS2.

Era Baru

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...