INSPIRASI, Pesona

Gadis 21 tahun menerima jambangan bunga dan pesanan terakhir penuh emosi daripada seorang bapa, 5 tahun selepas beliau meninggal dunia

Gadis 21 tahun menerima jambangan bunga dan pesanan terakhir penuh emosi daripada seorang bapa, 5 tahun selepas beliau meninggal dunia

Tiada ikatan kasih sayang yang lebih bermakna selain kasih sayang ibu bapa dan anak-anak. Kasih sayang ibu dan bapa akan tetap kekal walaupun mereka sudah tiada.

Ketika Bailey Sellers berusia 16 tahun, bapanya telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Bailey tidak mengetahui pada mulanya, apabila setahun selepas itu, pada hari lahirnya yang ke 17 tahun, mendiang bapanya telah merancang kejutan hari lahir yang istimewa sebelum beliau meninggal dunia.

Selama 5 tahun selepas kematian bapanya, Bailey menerima jambangan bunga dan kad ucapan hari lahir dengan tulisan tangan mendiang bapanya.

Kredit: Twitter/ Bailey Sellers

Pada usianya yang ke 21 tahun, Bailey Sellers menerima ucapan hari lahir dan pesanan yang terakhir dari mendiang bapanya dan Bailey mengambil keputusan untuk berkongsi hadiah penuh bermakna dan sangat manis ini di Twitter.

Bailey menulis, “Ini adalah hadiah jambangan bunga dari ayah pada hari lahir saya yang ke 21 dan ia adalah yang terakhir. Saya sangat rindukan kamu, ayah.”

Bailey juga menghantar tiga foto dengan satu jambangan bunga berwarna ungu yang sangat cantik, kedua foto Bailey bersama ayahnya semasa beliau masih remaja dan yang terakhir pesanan dari kad yang dihantar bersama jambangan bunga tersebut.

Kredit: Twitter/ Bailey Sellers

Pesanan terakhir dari kad tersebut berbunyi begini,

“Ini adalah surat terakhir dari ayah kepada kamu sehingga kita bertemu lagi. Ayah tidak mahu kamu menitiskan air mata lagi kerana ayah sudah berada di tempat yang lebih baik. Kamu adalah dan akan sentiasa menjadi permata berharga buat ayah. Hari ini adalah hari lahir kamu yang ke 21 dan ayah mahu kamu sentiasa menghormati ibu kamu serta kekalkan menjadi diri kamu yang sebenar. Sentiasa hidup dengan gembira dan jadikan kehidupan kamu dengan penuh makna. Ayah akan sentiasa bersama dalam setiap perjalanan kamu. Lihat sahaja di sekeliling kamu dan ayah berada di situ.”

Kredit: Twitter/ Bailey Sellers

Walaupun kiriman jambangan bunga dan nota kepada Bailey Sellers telah terhenti pada hari lahirnya yang ke 21, namun semangat bapanya akan sentiasa bersama dalam setiap kali ketibaan hari lahirnya pada masa akan datang dan di setiap waktu.

Kredit: Twitter/ Bailey Sellers

Kasih bapa kepada seorang anak tidak pernah pudar dan akan kekal buat selama-lamanya.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...